Thursday, November 27, 2008

DSpace Sebagai Sistem Repositori Perpustakaan


Di kalangan warga Perpustakaan UniMAP, DSpace mungkin merupakan perkataan yang biasa didengar. Sebenarnya DSpace merupakan perisian yang digunakan untuk tujuan membangunkan repositori institusi (Institutional Repository atau IR) dalam format digital.
Selain DSpace terdapat beberapa lagi perisian yang digunakan untuk membangunkan IR pada masa kini iaitu seperti EPrints dan Fedora.

Apa yang ada di dalam IR Perpustakaan UniMAP?

Berikut adalah bahan-bahan yang terdapat di dalam IR Perpustakaan:

i. Kertas Kerja Persidangan
ii. Laporan Projek Tahun Akhir
iii. Artikel Jurnal
iv. Tesis
v. Gambar
vi. Teks Ucapan Naib Canselor
vii. Dan lain-lain

Akses IR sekarang sama ada melalui
laman web Perpustakaan dengan mengkases pautan Digital Repository atau klik di sini.

Sebarang pertanyaan dan maklumbalas adalah dialu-alukan.

Mohd Shahrul Annuar Alawi
Unit Repositori Digital & Media, Perpustakaan UniMAP

Md Nizam Azid
Unit Runding Maklumat, Perpustakaan UniMAP

2 comments:

  1. Bagaimana nak tengok content FYP dalam DSpace / IR??

    ReplyDelete
  2. Kandungan untuk FYP tertakluk kepada peraturan tertentu. Tidak semua FYP dapat tengok full text.
    Pencarian paling mudah ialah melalui nama pengarang/pelajar. Pencarian mudah adalah dengan klik tab Communities & Collections di ruangan Browse. Seterusnya pilih School yg berkenaan. Pada ruangan ini, kita boleh pilih jenis keyword yg nak guna.

    Sekiranya ada sebarang permasalah bolehlah hubungi Unit Repositori Digital & Media : En Shahrul (9798133) @ emel (media@unimap.edu.my)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...