Saturday, November 22, 2008

Koleksi e-buku Ebrary melebihi koleksi buku Perpustakaan UniMAP

Ebrary merupakan pangkalan data e-buku (e-books) yang baru dilanggan oleh Pepustakaan UniMAP. Bagaimana dikatakan koleksi Ebrary melebihi koleksi Perpustakaan UniMAP? Untuk makluman, Ebrary menawarkan lebih 38 ribu judul buku dalam pelbagai bidang termasuk kejuruteraan secara online dan kesemuanya boleh diakses oleh warga UniMAP. Ebrary boleh diakses sama ada dari dalam dan luar unimap.

Campus access
Remote access

Akses sekarang dan kami menunggu sebarang komen atau pandangan mengenai pangkalan data ini.

Md Nizam Azid
Unit Runding Maklumat, Perpustakaan

4 comments:

  1. Maksud anda melebihi naskhah buku bercetak?

    ReplyDelete
  2. Sehingga November 2008 ya, jumlahnya melebihi naskhah buku bercetak. Untuk makluman kini perpustakaan memiliki lebih 31 ribu naskhah buku bercetak tetapi Ebrary menawarkan lebih 38 ribu judul e-buku. Namun jumlah buku bercetak akan bertambah dari semasa ke semasa memandangkan perolehan buku bercetak dibuat sepanjang tahun.

    ReplyDelete
  3. Statistik terkini menunjukkan banyak capaian dibuat kepada Springer e-Book Collections.

    ReplyDelete
  4. Kenyataan itu memang benar, namun jika dilihat kepada statistik capaian Springer e-Books sewaktu di awal langganan iaitu di sekitar Januari 2007 statistiknya juga agak rendah. Untuk makluman Ebrary baru saja dilanggan oleh pihak perpustakaan iaitu di sekitar Julai 2008. Namun pihak perpustakaan akan cuba untuk mempromosikan Ebrary agar ianya dimanfaatkan oleh seluruh warga UniMAP.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...