Thursday, August 1, 2013

Jemputan Ke Majlis Khatam Al Quran Peringkat UniMAP 1434 H / 2013 M

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

MAKLUMAN KEPADA SEMUA STAF DAN PELAJAR

JEMPUTAN KE MAJLIS KHATAM AL-QURAN PERINGKAT UniMAP 1434 H / 2013 M

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Pusat Islam Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dengan kerjasama Jabatan Perpustakaan akan mengadakan Majlis Khatam Al-Quran Peringkat UniMAP 1434 H / 2013 M yang akan diadakan seperti butiran berikut :  
  
          Tarikh            :   5 Ogos 2013 / 27 Ramadan 1434H (Isnin) 

          Masa              :   2.45 petang

          Tempat          :   Auditorium, Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra, Pauh Putra

Sehubungan dengan itu, pihak penganjur dengan rasa berbesar hati ingin menjemput Y. Bhg. Prof. Dr. / Prof. Madya Dr. / Dr. / Tuan / Puan ke majlis tersebut.  Bersama-sama ini disertakan tentatif program untuk  perhatian dan tindakan Y. Bhg. Prof. Dr. / Prof. Madya Dr. / Dr. / Tuan / Puan selanjutnya. Mohon membawa Al-Quran bersama. 

Kerjasama dan perhatian dari pihak Y. Bhg. Prof. Dr. / Prof. Madya Dr. / Dr. / Tuan / Puan dalam hal ini amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

Tuesday, July 30, 2013

Pindaan Jadual Waktu Peperiksaan Kursus Kuratif, Program Ijazah Sarjana Muda, Semester Kedua/Kuratif Akademik 2012/2013

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

MAKLUMAN KEPADA SEMUA PELAJAR DAN STAF UNIMAP

PINDAAN JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN KURSUS KURATIF, PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA, SEMESTER KEDUA/KURATIF SIDANG AKADEMIK 2012/2013
[AMENDMENT OF CURATIVE COURSE EXAMINATION SCHEDULE, BACHELOR DEGREE PROGRAMME, SECOND/CURATIVE  SEMESTER  ACADEMIC SESSION 2012/2013]

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara yang tersebut di atas.
[I have been directed to refer to the above matter.]

2. Adalah dimaklumkan Jadual Waktu Peperiksaan Akhir Kursus Kuratif Program Ijazah Sarjana Muda Semester Kedua/Kuratif Sidang Akademik 2012/2013 telah dipinda melibatkan kursus-kursus seperti berikut :
[Please be informed that the Curative Course Examination Schedule, Bachelor Degree Programme for Second/Curative Semester Academic Session 2012/2013 has been amended involving the following courses:]

i.BFT222
Perakaunan Pengurusan [Managerial Accounting] 

ii.EBT402
Kejuruteraan Kakisan [Corrosion Engineering] 

iii.EET103
Teknologi Elektrik [Electrical Technology] 

iv.EET422
Kejuruteraan Keserasian Elektromagnetik dan Pematuhan [Electromagnetic Compatability(EMC) and Compliance Engineering] 

v.EKT120
Pengaturcaraan Komputer [Computer Programming] 

vi.EMT231
Prinsip Perhubungan [Communication Principles] 

vii.ENT259
Kejuruteraan Termodinamik [Engineering Thermodynamics] 

viii.ENT315
Pemprosesan Isyarat Perubatan [Medical Signal Processing] 

ix.EPT111
Teknologi Pembuatan I [Manufacturing Technology I] 

x.EQT101
Matematik Kejuruteraan I [Engineering Mathematics I] 

xi.EUW212
Bahasa Inggeris Universiti [University English] 

xii.EUW314
Bahasa Mandarin 3 [Mandarin 3] 

xiii.TET421
Analisa Sistem Kuasa [Power System Analysis] 

3. Bersama-sama dengan ini dilampirkan Pindaan Jadual Waktu Peperiksaan Kursus Kuratif Program Ijazah Sarjana Muda Semester Kedua/Kuratif Sidang Akademik 2012/2013 untuk rujukan dan perhatian semua pelajar.
[Enclosed herewith please find the final Curative Course Examination Schedule, Bachelor Degree Programme, Second/Curative Semester Academic Session 2012/2013 for reference and attention of all students.]

Sekian, terima kasih.

Library Closing Announcement - Nuzul Al-Quran

ATTENTION TO ALL STAFF AND STUDENTS 

LIBRARY CLOSING ANNOUNCEMENT - NUZUL AL-QURAN 

Please be informed that the library will be closed on 26th July 2013 (Friday) for Nuzul Al-Quran. 

However, stay connected with our electronic books and journals via the library webpage at http://mylibrary.unimap.edu.my 

Thank you. 

Monday, July 22, 2013

Lawatan Kerja DYMM Tuanku Raja Perlis Ke Perpustakaan UniMAP

















Menjunjung Kasih Kepada DYMM Tuanku Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail kerana berkenan berangkat ke lawatan kerja ke Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra, UniMAP di Pauh Putra, Arau. Lawatan turut diiringi oleh Tuanku Canselor, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra. Turut sama Naib Canselor, Prof. Datuk Dr. Kamarudin Hussin dan isteri, Datin Noridah Yangman Serta Ketua Pustakawan UniMAP

Raja Perlis Lawat Perpustakaan UniMAP - BERNAMA

Raja Perlis Lawat Perpustakaan UniMAP

KANGAR, 21 Julai (Bernama) -- Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat meninjau perkembangan Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra di kampus induk Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Pauh Putra dekat sini, Ahad.

Keberangkatan tiba baginda yang diiringi Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Canselor UniMAP disambut Naib Canselor universiti itu Prof Datuk Dr Kamarudin Husin dan pegawai kanan UniMAP.

Dalam lawatan itu, baginda mendengar talimat mengenai perkembangan dan kejayaan terkini UniMAP daripada Kamarudin disusuli taklimat yang disampaikan oleh Pemangku Ketua Pustakawan UniMAP Mazmin Mat Akhir mengenai perpustakaan berkonsepkan 'hybrid' tersebut.

Baginda kemudian melancarkan Koleksi Seminar Institusi Raja (SIRaj) yang dianjurkan UniMAP di Kuala Lumpur baru-baru ini dan melawat konti stesen radio UniMAP.fm di bangunan perpustakaan itu.

Baginda turut melawat galeri UniMAP sebelum meninjau litar Go-Kart UniMAP yang baharu siap dibina dan mendapat pengiktirafan.

Sementara itu dalam program berasingan petang ini, Tuanku Syed Faizuddin menyertai aktiviti berbasikal 'Jejak Asnaf' siri ke-3 bulan Ramadan anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Tuanku Syed Faizuddin yang juga Yang Dipertua MAIPs diiringi Pengurus Baitulmal Perlis Mohd Nazim Mohd Noor berkayuh sejauh 14 kilometer bermula dan berakhir di Sekolah Kebangsaan Long Boh.

Ketika program kayuhan itu, baginda singgah di Kampung Bukit Kecik, Utan Aji dan meninjau kehidupan dua penduduk fakir iaitu Halim Mahmud dan Hamidon Hamid yang kedua-duanya berusia dalam 60-an.

Baginda turut menyampaikan sumbangan zakat MAIPS sebanyak RM400 masing-masing kepada warga emas berkenaan.

-- BERNAMA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...