Tuesday, November 16, 2010

Penutupan Operasi Perpustakaan Sempena Hari Raya Aidiladha.

Makluman kepada semua komuniti Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), operasi perkhidmatan Perpustakaan akan ditutup bermula pada 17 dan 18 November 2010 sempena Cuti Hari Raya Aidiladha. Sempena minggu ulangkaji dan peperiksaan, perkhidmatan Perpustakaan akan beroperasi seperti biasa pada hari berikutnya. Justeru, semua warga Jabatan Perpustakaan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua warga UniMAP yang beragama Islam.

Selamat Hari Raya Aidiladha.

Royifazulmaldy Bin Zakaria (Roy)
Jawatankuasa Promosi Perkhidmatan, Sumber Dan Perkhidmatan Perpustakaan

Operasi Perkhidmatan Perpustakaan Pada Hari Ini Sehingga Jam 5.00 Petang Sahaja.

Terkini: Makluman kepada semua komuniti Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Yang Berbahagia Naib Canselor telah bersetuju dan meluluskan bahawa perkhidmatan Perpustakaan pada hari ini hanya beroperasi sehingga jam 5.00 petang sahaja. Harap Maklum.

Royifazulmaldy Bin Zakaria (Roy)
Jawatankuasa Promosi Perkhidmatan, Sumber Dan Perkhidmatan Perpustakaan

Friday, November 12, 2010

Waktu Operasi Perpustakaan Sepanjang Minggu Peperiksaan

Untuk makluman semua pengguna Perpustakaan, berikut ialah waktu operasi perkhidmatan Perpustakaan sepanjang minggu peperiksaan bermula 22 November hingga 12 Disember 2010.

ISNIN - JUMAAT : 08.30 pagi - 11.00 mlm

SABTU - AHAD : 09.00 pagi - 11.00 mlm

CUTI UMUM : 09.00 pagi - 11.00 mlm

Waktu operasi ini hanya untuk Perpustakaan UniMAP Tingkat 1 & 2 di Bangunan KWSP sahaja, tidak termasuk Perpustakaan Mini Ulu Pauh.

Terima Kasih.

Tuesday, November 9, 2010

Lanjutan Tempoh Pinjaman Bahan Perpustakaan Semasa Bencana Banjir.

YBhg Dato'/Prof/Dr./Tuan/Puan/Saudara/Saudari,

Sukacita saya merujuk kepada perkara di atas.

Adalah dimaklumkan bahawa Perpustakaan UniMAP akan melanjutkan tempoh pinjaman bagi pengguna yang perlu mengembalikan bahan pada
2 November 2010 sehingga 9 November 2010.

Tempoh baru pembaharuan pinjaman ialah pada 15 November 2010.

Pengguna yang ingin melanjutkan tempoh pinjaman selepas 15 November 2010 boleh berbuat demikian secara atas talian.

Perpustakaan memohon maaf di atas segala kesulitan yang timbul. Sebarang pertanyaan, sila hubungi 04-979 8553 , 04-979 8133 atau e-mail ke sirkulasi@unimap.edu.my

Anda juga boleh mengakses modul Ask Us di
http://mylib.unimap.edu.my/

Terima Kasih.

Perpustakaan UniMAP Kini Kembali Beroperasi.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg Dato'/Prof/Dr./Tuan/Puan/Saudara/Saudari,

PERPUSTAKAAN KEMBALI BEROPERASI

Ekoran daripada peristiwa banjir yang melanda negeri Perlis bermula 1 November hingga 4 November 2010, sukacita dimaklumkan bahawa Perpustakaan Utama UniMAP di Kangar dan Perpustakaan Mini Ulu Pauh kini kembali beroperasi seperti biasa akan tetapi pada hari ini, 09 November 2010 (Selasa), Perpustakaan Utama UniMAP akan beroperasi bermula jam 8.30 pagi - 7.00 petang.


Waktu operasi Perpustakaan pada hari seterusnya adalah seperti biasa.


Perpustakaan digital di http://mylib.unimap.edu.my yang menyediakan capaian kepada sumber elektronik seperti e-buku, e-jurnal dan sebagainya boleh diakses seperti biasa.

Happy Deepavali



Selamat Menyambut Hari Deepavali


Dari


Jabatan Perpustakaan


Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)

Royifazulmaldy Bin Zakaria (Roy)
Jawatankuasa Promosi Perkhidmatan, Sumber Dan Perkhidmatan Perpustakaan

Monday, November 1, 2010

'COFFEE BREAK @ UniMAP LIBRARY'


Program 'Coffe Break @ UniMAP Library' kini kembali menemui anda semula sempena minggu ulangkaji dan peperiksaan akhir tahun. Dengan adanya program sebegini, diharap dapat menarik minat pelajar ke Perpustakaan dan sebagai tanda penghargaan dari pihak Perpustakaan kepada semua pengguna.

Penyediaan minuman percuma ini akan bermula dari 1 November hingga 12 Disember 2010 dari pukul 6 petang hingga 10 malam dan diberikan setiap hari ( Isnin - Ahad ). Para pengunjung perpustakaan boleh mendapatkan minuman percuma ini di ruang hadapan Perpustakaan Tingkat 1 mulai hari ini. Edaran minuman percuma ini adalah berkonsepkan ' siapa cepat dia dapat '.

Nimatilah secawan kopi atau lebih untuk menceriakan minggu Peperiksaan anda..
Selamat mengulangkaji pelajaran dan semoga berjaya dari
Perpustakaan UniMAP..

Royifazulmaldy Bin Zakaria (Roy)
Jawatankuasa Promosi Perkhidmatan, Sumber Dan Perkhidmatan Perpustakaan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...