Tuesday, November 9, 2010

Perpustakaan UniMAP Kini Kembali Beroperasi.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg Dato'/Prof/Dr./Tuan/Puan/Saudara/Saudari,

PERPUSTAKAAN KEMBALI BEROPERASI

Ekoran daripada peristiwa banjir yang melanda negeri Perlis bermula 1 November hingga 4 November 2010, sukacita dimaklumkan bahawa Perpustakaan Utama UniMAP di Kangar dan Perpustakaan Mini Ulu Pauh kini kembali beroperasi seperti biasa akan tetapi pada hari ini, 09 November 2010 (Selasa), Perpustakaan Utama UniMAP akan beroperasi bermula jam 8.30 pagi - 7.00 petang.


Waktu operasi Perpustakaan pada hari seterusnya adalah seperti biasa.


Perpustakaan digital di http://mylib.unimap.edu.my yang menyediakan capaian kepada sumber elektronik seperti e-buku, e-jurnal dan sebagainya boleh diakses seperti biasa.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...