Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,
Y. Bhg. Datuk/Dato'/Prof./Prof. Madya/Dr./Ir./Tuan/Puan/En./Cik,
Y. Bhg. Datuk/Dato'/Prof./Prof. Madya/Dr./Ir./Tuan/Puan/En./Cik,
SEMAKAN
 KEPUTUSAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA UniMAP 
DAN PERMOHONAN RAYUAN KEMASUKAN KE PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA UniMAP 
BAGI SESI AKADEMIK 2015/2016 [TERBUKA KEPADA PELAJAR DIPLOMA UniMAP 
TAMAT PENGAJIAN SAHAJA]
Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara tersebut di atas.
2. Adalah
 dimaklumkan pelajar-pelajar Diploma UniMAP yang membuat permohonan 
program ijazah Sarjana Muda UniMAP boleh menyemak keputusan permohonan 
mulai 12 Ogos 2015 (Rabu) mulai jam 12.00 tengah hari melalui website http://offer.unimap.edu.my/offerletter/.
3. Bagi
 pelajar-pelajar yang tidak berjaya, pelajar-pelajar boleh membuat 
permohonan rayuan kemasukan melalui Online Student Information (OSI) di http://osi.unimap.edu.my.
 Permohonan adalah terbuka kepada pelajar-pelajar Diploma UniMAP (tamat 
pengajian sahaja) untuk mengikuti pengajian ke Program Ijazah Sarjana 
Muda UniMAP bagi Sesi Akademik 2015/2016.
4. Calon-calon boleh mula memohon pada 26 Ogos 2015 (Rabu). Tarikh tutup permohonan adalah pada 2 September 2015 (Rabu).
5. Hanya
 calon yang memenuhi syarat kemasukan yang ditetapkan sahaja yang akan 
dipertimbangkan untuk kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda UniMAP. 
Sila rujuk syarat kemasukan yang disertakan seperti di Lampiran 1.
6. Permohonan
 yang lengkap perlu diserahkan ke Unit Kemasukan & Rekod Pelajar 
Jabatan Pendaftar seperti alamat di bawah selewat-lewatnya pada 7 September 2015 (Isnin). Dokumen-dokumen yang Perlu di hantar adalah:
1) Slip cetakan permohonan kemasukan online ke Program Ijazah Sarjana Muda UniMAP (sistem OSI UniMAP)
2) Slip keputusan Peperiksaan Semester Satu hingga Akhir peringkat Diploma UniMAP
3) Slip keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
4) Slip keputusan peperiksaan Malaysian University English Test (MUET)
Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Unit Kemasukan & Rekod Pelajar
Bahagian Pengurusan Akademik
Jabatan Pendaftar
Tingkat 3, Bgn. KWSP, Jalan Bukit Lagi,
01000 Kangar, Perlis.
Tel: 04-979 8706 / 7941 / 7845 / 8701;
Faks: 04-9798703;
Sekian,harap maklum.
 
 

No comments:
Post a Comment