Tuesday, June 17, 2014

Masalah Capaian Kepada Laman Web Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra

No. Rujukan : UniMAP/ICT/Post: 06/14 (851)
Tarikh : 17 Jun 2014

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Y. Bhg. Datuk/Dato'/Prof./Prof. Madya/Dr./Ir./Tuan/Puan/En./Cik,

MASALAH CAPAIAN KEPADA LAMAN WEB PERPUSTAKAAN TUANKU SYED FAIZUDDIN PUTRA

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dukacita dimaklumkan bahawa terdapat gangguan capaian kepada laman web Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (mylibrary.unimap.edu.my) semenjak beberapa hari lalu. Pihak ICT sedang berusaha untuk mengenalpasti isu berkaitan dan mengatasi masalah ini dengan kadar segera.

3. Sehubungan itu, Perpustakaan mencadangkan agar capaian kepada sumber maklumat elektronik Perpustakaan dibuat secara langsung melalui laman EZProxy Sumber Elektronik (http://ezproxy.unimap.edu.my/menu) dan akses kepada enjin carian Worldcat Local boleh dibuat melalui http://ezproxy.unimap.edu.my:2507/.

4. Sekian, segala kesulitan mengenai perkara di atas amat dikesali.

Sekian, terima kasih.

MAZMIN MAT AKHIR
Pemangku Ketua Pustakawan
Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra
Universiti Malaysia Perlis

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...