Wednesday, September 4, 2013

UniMAP Terima 2,881 Pelajar Baru



UniMAP Terima 2,881 Pelajar Baru

Pauh Putra,1 September – Seramai 2,881 pelajar baru termasuk 329 pelajar antarabangsa sidang akademik 2013/2014 mendaftar masuk ke Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) hari ini bagi mengisi 36 program pengajian.

Kemasukan pelajar baru pada tahun ini ke UniMAP menunjukkan peningkatan apabila statistik bagi tahun 2011 dan 2012 adalah 2,043 serta 2,546 pelajar dengan bilangan keseluruhan pelajar UniMAP kini berjumlah 11,517 bagi pengajian peringkat Diploma dan Sarjana Muda.

Naib Canselor UniMAP, Brig. Jen. Datuk Prof Dr Kamarudin Hussin berkata dengan dengan enrolmen kemasukan pelajar sebegini beliau yakin sasaran untuk mendapat 15,000 pelajar di UniMAP menjelang tahun 2015 akan tercapai selain kolej kediaman yang baru siap dibina juga mula diduduki pelajar.

“Dengan kemasukan pelajar baru ini juga, Kolej Kediaman UniMAP di Kampus Alam Pauh Putra ini juga telah mula diduduki secara rasmi selain Kolej Kediaman UniCiti di Sungai Chuchuh turut menempatkan pelajar Kejurututeraan Teknologi.

“Selain itu, DYTM Tuanku Canselor dan DYTM Tuanku Pro-Canselor UniMAP telah berkenan bercemar duli menyempurnakan pelancaran PROJEK U-SIKAL, iaitu sistem pengangkutan basikal yang dibangunkan sebagai persediaan untuk menjadikan UniMAP sebuah kampus lestari,” kata beliau.

Menurut Datuk Kamarudin, terdapat lima stesen basikal di lima lokasi tumpuan pelajar iaitu perpustakaan, boulevard, terminal bas, kompleks dewan kuliah dan asrama.

“Stesen utama terletak di terminal bas dan menempatkan 40 unit basikal serta bengkel penyelenggaraan basikal manakala stesen-stesen lain menempatkan sekurang-kurangnya 20 unit basikal bagi setiap tempat dalam peringkat awal projek ini.

“Lebih istimewa kita menggunakan teknologi ‘Radio Frequency Identification’ (RFID) di mana basikal yang berkunci diletakkan di parking bay yang ditetapkan dan hanya boleh dibuka dengan menggunakan kad RFID.,” kata beliau.

Katanya, basikal itu boleh digunakan serta merta selepas kad RFID menyentuh tempat sesentuh yang disediakan dengan kadar sewaan yang dikenakan adalah sangat minimum, iaitu percuma bagi 20 minit pertama, dan 20 sen bagi 10 minit seterusnya

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...