Thursday, April 12, 2012

Proses pemantauan Sistem Perpustakaan Selepas Dinaik Taraf

KEPADA SEMUA STAF DAN PELAJAR UniMAP

PROSES PEMANTAUAN SISTEM PERPUSTAKAAN SELEPAS DINAIK TARAF

Seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini proses menaik taraf sistem Perpustakaan telah dijalankan pada 12 Mac - 16 Mac 2012 yang lalu. Dalam tempoh empat tahun, ini merupakan kali pertama sistem perpustakaan dinaik taraf oleh pihak pembekal. Pihak Jabatan ICT telah menyediakan khidmat kepakaran mereka dalam menjayakan proses naik taraf yang penting ini.

Untuk makluman, walaupun proses menaiktaraf sistem Perpustakaan telahpun selesai, namun pihak Perpustakaan masih dalam usaha untuk mengesan sebarang kegagalan yang berlaku terhadap semua 'features' yang terdapat di dalam sistem ini.

Sehubungan itu, mohon kerjsama semua pengguna Perpustakaan untuk menghubungi pihak Perpustakaan sama ada melalui emel sirkulasi@unimap.edu.my atau telefon ke 04-9885420 sekiranya terdapat sebarang persoalan berkenaan sistem Perpustakaan.

Kerjasama semua pengguna Perpustakaan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Royifazulmaldy Bin Zakaria (Roy) Jawatankuasa Promosi, Sumber Dan Perkhidmatan Perpustakaan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)

3 comments:

  1. satu kekurangan library unimap adalah tidak mesra beg, iaitu tidak membenarkan beg didalam library. tidak seperti library universiti yang gah lain, beg dibenarkan masuk.

    ReplyDelete
  2. Pertama sekali terima kasih atas kesudian anda memberikan maklumbalas kepada pihak kami.

    Untuk makluman pihak perpustakaan telah mengambilkira banyak aspek sebelum membuat keputusan untuk tidak membenarkan beg dibawa masuk ke perpustakaan.

    Untuk penambahbaikan berterusan pihak kami sentiasa mengambilkira pandangan dan maklumbalas dari setiap pengguna.

    Sekiranya ada contoh terbaik seperti yang anda maksudkan bolehlah memaklumkan contoh institusi tersebut.

    Pihak kami sentiasa terbuka dalam menerima sebarang maklumbalas dari setiap pengguna namun untuk melaksanakan sesuatu pelbagai aspek perlu diambilkira.

    Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
  3. Salam, tidak semua permintaan pengguna boleh kami penuhi memandangkan kita mempunyai keutamaan lain. Peranan kami untuk mempastikan bahan bacaan dipelihara untuk kemudahan generasi masa hadapan merupakan tugas yang perlu ditangani dengan berkesan. Harap semua pengguna memahami kekangan ini. Terima kasih.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...