Wednesday, February 8, 2012

Majlis Pra Pelancaran Perpustakaan Utama Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)



03 Feb 2012 (Jumaat) Merupakan hari yang paling bersejarah bagi Perpustakaan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) kerana hari tersebut Naib Canselor UniMAP telah merasmikan Pra-Pelancaran Perpustakaan Utama Universiti Malaysi Perlis dengan penuh warna warni. Penat lelah selama 10 tahun usia UniMAP kini semuanya boleh menarik nafas lega kerana apa yang di impikan oleh warga kerja Perpustakaan khususnya dan komuniti UniMAP amnya kini telah tercapai iaitu sebuah bangunan Perpustakaan yang baru, serba moden dan canggih. Sehubungan itu, hasrat Perpustakaan untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada semua komuniti UniMAP akhirnya tercapai juga dengan memberikan suasana yang begitu selesa dan kondusif sepanjang masa kepada pengguna. Justeru, diharapkan semua komuniti UniMAP dapat menafaatkan apa sahaja perkhidmatan dan kemudahan yang di tawarkan oleh Perpustakaan UniMAP..

Royifazulmaldy Bin Zakaria (Roy) Jawatankuasa Promosi Perkhidmatan, Sumber Dan Perkhidmatan Perpustakaan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...