Wednesday, January 4, 2012

Iklan Permohonan dan Tarikh Permohonan Kemasukan Ke UniMAP Sidang 2012/2013

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,


KEPADA SEMUA WARGA UniMAP


MAKLUMAN IKLAN PERMOHONAN DAN TARIKH PERMOHONAN KEMASUKAN KE UniMAP


Sukacita dimaklumkan bahawa iklan permohonan kemasukan ke IPTA bagi Sidang Akademik 2012/2013 akan dikeluarkan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia di akhbar-akhbar utama pada 8 Januari 2012 (Ahad) ini.


Permohonan adalah dipelawa kepada semua calon-calon lepasan SPM/setaraf, STPM/setaraf, Diploma/setaraf dan Matrikulasi/setaraf untuk kemasukan ke UniMAP bagi Sidang Akademik 2012/2013.Arahan dan cara-cara permohonan boleh didapati di dalam iklan yang dikeluarkan.


Calon-calon boleh mula memohon secara 'online' pada 9 Januari 2012 dengan melayari http://upu.mohe.gov.my.


Tarikh tutup permohonan adalah pada 2 April 2012.


Sebarang pertanyaan mengenai permohonan ke UniMAP, boleh diajukan kepada Unit Kemasukan & Rekod Pelajar, Bahagian Pengurusan Akademik Jabatan Pendaftar, Tingkat 3, Bgn. KWSP atau menghubungi talian 04-9798706/8701/8702/7941/7940.


Sekian, terima kasih.


Royifazulmaldy Bin Zakaria (Roy) Jawatankuasa Promosi Perkhidmatan, Sumber Dan Perkhidmatan Perpustakaan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...