Thursday, October 21, 2010

Lawatan Kerja Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras Jaya, Selangor Darul Ehsan.





19 Oktober 2010, Perpustakaan UniMAP sukacitanya menerima lawatan sambil belajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras Jaya, Selangor Darul Ehsan. Deligasi seramai 36 orang diketuai oleh Puan Fadzilah Mahadi, Selaku Guru Pengiring dan beberapa orang guru yang lain. Ketibaan pelajar-pelajar tersebut telah disambut oleh Puan Nazirah Zainul Abidin dan beberapa orang staf yang lain. Taklimat berkaitan Perpustakaan telah disampaikan kepada pelajar-pelajar tersebut dan aktiviti 'Game Show' telah diadakan kepada mereka semua. Mengakhiri lawatan, sesi penyampaian hadiah kepada pemenang telah diadakan. Sekalung penghargaan kepada deligasi Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras Jaya kerana sudi menjadikan Perpustakaan UniMAP sebagai destinasi lawatan.

Royifazulmaldy Bin Zakaria (Roy)
Jawatankuasa Promosi Perkhidmatan, Sumber Dan Perkhidmatan Perpustakaan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...