Wednesday, August 11, 2010

Pameran Sempena Minggu Suaikenal Pelajar-Pelajar Baru Sidang Akademik 2010-2011






03 July 2010, Sempena minggu suaikenal pelajar-pelajar baru bagi sidang akademik 2010-2011, Perpustakaan telah mengadakan pameran untuk pelajar-pelajar yang baru mendaftarkan diri ke Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Pameran tersebut berlangsung di Perpustakaan Mini Kampus Tetap Ulu Pauh dengan bertemakan "Makes The Library Your Closed Friends". Objektif utama ianya diadakan bertujuan menjadikan Perpustakaan sebagai destinasi pilihan pengguna khususnya pelajar-pelajar UniMAP untuk hadir dan menggunakan semaksimum yang mungkin perkhidmatan dan kemudahan yang ditawarkan. Lebih menyerikan lagi ketika pameran minggu suaikenal berlangsung telah dihadiri oleh Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizzudin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail (Tuanku Canselor) dan Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Hajjah Lailatul Shahren Akashah Khalil (Tuanku Pro Canselor), mencemar duli untuk berangkat melihat pameran yang berlangsung dan menyertai bersama-sama pelajar baru yang membuat pendaftaran.

Royifazulmaldy Bin Zakaria (Roy)
Jawatankuasa Promosi Perkhidmatan, Sumber Dan Perkhidmatan Perpustakaan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...