Friday, July 16, 2010

Gotong Royong Mega Perpustakaan UniMAP.






Sempena penggal cuti semester yang akan berakhir tidak berapa lama lagi, Perpustakaan UniMAP telah mengambil inisiatif dalam melakukan transformasi ke arah budaya memberikan perkhidmatan yang cemerlang dan selesa kepada semua komuniti Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Sehubungan itu, gotong royong mega telah diadakan di seluruh ruang Perpustakaan dengan penglibatan semua staf. Inisiatif dan idea dari Pustakawan Kanan telah mencetuskan suasana yang berbeza dan ceria khususnya dalam mencorakkan dekorasi ruang dalaman Perpustakaan Tingkat 2. Tema warna ungu telah menjadi satu daya tarikan baru kepada semua pengunjung Perpustakaan. Disamping itu, semua staf juga telah mengemaskini kedudukan troli-troli dan juga aset Perpustakaan supaya sentiasa kemas, bersih dan teratur untuk kegunaan dimasa hadapan. Suasana gotong royong mega tersebut berlangsung dalam keadaan muhibbah dan semangat berpasukan yang hebat. Sekalung tahniah kepada semua staf Perpustakaan UniMAP dalam menjayakan aktiviti tersebut demi kepuasan dan keselesaan pelanggan. Tahniah.
Royifazulmaldy Bin Zakaria (Roy)
Unit Perkhidmatan Akses (UPA)

3 comments:

  1. agak sopan en berbaju maroon tu mengecat...

    ReplyDelete
  2. Semangat berpasukan ini patut diteruskan pada setiap masa agar warga Perpustakaan dapat mengekalkan suasana yang kondusif demi kebaikan bersama.Tapi agak pelik, apesal abang yang sedang menyapu cat ungu tu tersenyum sambil menyapu cat???

    ReplyDelete
  3. Sebab terlalu seronok mengecat...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...