Wednesday, June 23, 2010

Lawatan Kerja Perpustakaan Universiti Tenaga Nasional Malaysia.




14 Jun 2010, Perpustakaan UniMAP berbesar hati kerana menerima tetamu dari Universiti Tenaga Nasional (UNITEN). Deligasi seramai 17 orang staf yang diketuai oleh En. Md Yazid Muji
telah disambut dan diraikan oleh staf Perpustakaan UniMAP. Taklimat berkaitan Perpustakaan telah disampaikan oleh Puan Mazmin Mat Akhir, selaku Pustakawan Kanan Perpustakaan UniMAP. Kunjungan mereka kesini bertujuan bertukar-tukar pendapat dan juga pandangan berkaitan dunia kepustakawanan dan perbandingan perkhimatan serta koleksi terkini yang ditawarkan kepada pengguna. Justeru, mengakhiri sesi lawatan terpandu tersebut deligasi bergambar kenang-kenangan bersama staf Perpustakaan UniMAP.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...