Monday, March 30, 2009

Lawatan Ilmiah Perpustakaan Hamdan Tahir, Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Kubang Kerian, Kelantan Darul Naim






30 Mac 2009 - Perpustakaan UniMAP menerima kunjungan hormat dari deligasi Perpustakaan Hamdan Tahir, Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Kubang Kerian, Kelantan Darul Naim. Ketibaan rombongan seramai 33 orang staf yang di ketuai oleh Pustakawan Kanan Puan Rugayah Binti Ali telah disambut oleh beberapa orang Pustakawan dan staf UniMAP di ruang legar Bangunan KWSP, Kangar. Deligasi seterusnya dibawa ke Dewan Keikhlasan untuk sesi penyampai taklimat berkaitan pembangunan sumber, perkhidmatan serta perkembangan sistem dan teknologi Perpustakaan UniMAP. Taklimat disampaikan oleh Pustakawan Kanan UniMAP Puan Mazmin Mat Akhir, Encik Md. Nizam Azid dan Encik Shahrul Anuar Alawi. Kedua-dua Perpustakaan bertukar dan berkongsi maklumat berkaitan dunia kepustakawanan. Selepas itu, mereka dibawa melawat sekitar Perpustakaan UniMAP. Mengakhiri lawatan ilmiah tersebut deligasi diraikan dalam majlis minum petang sambil menikmati pemandangan indah sekitar Negeri Perlis di Dataran Canselori UniMAP dan sesi bergambar beramai-ramai sebagai tanda kenang-kenangan.

Royifazulmaldy Zakaria (Roy)
Unit Perkhidmatan Akses (UPA)

10 comments:

  1. Bila kita nak buat lawatan balas ke Perpustakaan Hamdan Tahir? Ada tarikh dan masa yang sesuai ka? Mohon cadangan semua..

    ReplyDelete
  2. bulan 5 ada banyak cuti...hehehe

    ReplyDelete
  3. awal2 bulan nie banyak nak guna duit....lagipun banyak karenah birokrasi....

    ReplyDelete
  4. Cadangan anda akan di pertimbangkan oleh pihak pengurusan Perpustakaan.

    ReplyDelete
  5. bawa saja sesiapa yang berminat, bagi sesiapa yang tak berminat biarkan ia...

    ReplyDelete
  6. sapa aku tu?habaq mai...

    ReplyDelete
  7. Kalau pasai berjalan, ramai yang syok respon.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...