Lawatan pelajar SMK King Edward VII, Taiping, Perak ke Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra PTSFP UniMAP, Pauh Putra, Arau, Perlis. Program lawatan yang diiringi oleh Unit Komunikasi Korporat UniMAP.
Thursday, November 7, 2013
Naib Canselor UniMAP Dipilih Tokoh Maal Hijrah 1435 H Peringkat Negeri Perlis
Kangar, 4 November – Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Brig. Jen Datuk Prof. Dr. Kamarudin Hussin, 58, dipilih sebagai penerima anugerah Tokoh Maal Hijrah 2013 peringkat negeri di sini.
Dr. Kamarudin, anak kelahiran Kuala Lumpur, menerima hadiah wang tunai RM10,000, sijil penghargaan, plak dan hadiah iringan.
Selain Dr. Kamarudin, bekas hakim mahkamah rayuan negeri, Datuk Ahmad Jusoh, 71 turut diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah 2013. Beliau turut membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000, sijil penghargaan, plak dan hadiah iringan.
Raja Perlis, DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis, DYMM Tuanku Fauziah Tengku Abdul Rashid berkenan hadir menyampaikan anugerah kepada kedua-dua tokoh tersebut dalam satu majlis yang berlangsung di Masjid As-Syarroni, Kampung Behor Lateh di sini.
Terdahulu, baginda berdua turut berkenan menyempurnakan perasmian masjid tersebut. Berangkat hadir bersama, Raja Muda Perlis, DYTM Tuanku Syed Faizuddin Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, DYTM Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.
Dr. Kamarudin ketika ditemui menzahirkan rasa bersyukur dengan pengiktirafan yang diberikan itu meskipun bukan merupakan anak kelahiran negeri Perlis.
Beliau bagaimanapun percaya, pemilihan tersebut dinilai berdasarkan “dakwah” yang dilaksanakan dalam memartabatkan UniMAP di persada pengajian tinggi negara.
“Sesungguhnya saya berterima kasih kepada panel pemilihan yang telah memilih saya sebagai penerima Tokoh Maal Hijrah tahun ini, atas sumbangan saya dalam memajukan sektor pengajian tinggi di negeri ini. Insya Allah, saya akan terus berusaha memajukan dan memakmurkan negeri ini dengan kepakaran pendidikan yang saya miliki,” ujarnya.
Sementara itu, Ahmad berkata, beliau tidak menyangka akan menerima anugerah tersebut untuk kali keduanya tahun ini selepas menerimanya 10 tahun lalu, sewaktu masih berkhidmat sebagai hakim mahkamah rayuan.
“Apapun, saya amat bersyukur dengan pengiktirafan ini dan sedikit sebanyak ia memberi semangat kepada saya untuk terus berdakwah kepada masyarakat,” ujarnya yang kini aktif menghasilkan penulisan dan buku.
Tuesday, November 5, 2013
Jadual Waktu Pengajian Diploma Semester Dua Sidang Akademik 2013/2014
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,
Y. Bhg. Datuk/Dato'/Prof./Prof. Madya/Dr./Ir./Tuan/Puan/Saudara/Saudari,
MAKLUMAN: JADUAL WAKTU PENGAJIAN DIPLOMA SEMESTER DUA SIDANG AKADEMIK 2013/2014
Adalah dimaklumkan bahawa Jadual Waktu Pengajian Diploma Semester Dua Sidang Akademik 2013/2014 telah dimuat naik ke dalam Portal UniMAP.
Sehubungan dengan itu, semua pelajar dan staf yang berkenaan diminta untuk mengambil perhatian dan tindakan yang sewajarnya.
Dilampirkan juga manual untuk memaparkan jadual waktu di portal.
Sekian, terima kasih.
Friday, November 1, 2013
Keputusan Peperiksaan Semester Pertama Sidang Akademik 2013 - 2014 Pelajar Program Diploma Kejurteraan
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,
Y. Bhg. Datuk/Dato'/Prof./Prof. Madya/Dr./Ir./Tuan/Puan,
PERHATIAN : KEPADA SEMUA PELAJAR DIPLOMA DAN STAF UniMAP
PENGUMUMAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER PERTAMA SIDANG AKADEMIK 2013/2014 PELAJAR PROGRAM DIPLOMA KEJURUTERAAN
Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara yang tersebut di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa keputusan peperiksaan Semester Pertama Sidang Akademik 2013/2014 pelajar program Diploma Kejuruteraan akan dikeluarkan secara 'online' pada 4 November 2013 jam 9 pagi. Para pelajar boleh mendapatkan keputusan peperiksaan masing-masing melalui link Online Student Information yang terdapat pada Single Sign-On di dalam Portal Pelajar atau terus ke alamat laman sesawang Online Student Information iaitu http://osi.unimap.edu.my/ .
3. Adalah dimaklumkan juga bahawa keputusan peperiksaan boleh diperolehi melalui perkhidmatan SMS. Sila rujuk panduan yang dilampirkan di atas.
4. Sekiranya pelajar ingin membuat rayuan semakan semula keputusan peperiksaan, pelajar perlu mengisi borang HEA-15m (sila rujuk lampiran) dan menghantar borang tersebut kepada Unit Peperiksaan dan Pengijazahan, Bahagian Pengurusan Akademik, Jabatan Pendaftar, Tingkat 3, Bangunan KWSP, Jalan Bukit Lagi, 01000 Kangar, Perlis. Para pelajar perlu membuat bayaran terlebih dahulu iaitu sebanyak RM50.00 bagi setiap kursus. Tarikh tutup rayuan adalah 19 November 2013.
5. Sebarang masalah berkaitan pengaktifan aplikasi ke Portal Pelajar, bolehlah berhubung terus dengan ICT Helpdesk di talian 04-979 8494/8109 atau e-mel kepadahelpdesk@unimap.edu.my .
Sekian, terima kasih.
Happy Deepavali 2013
Salam 1Malaysia,
Esok seluruh rakan-rakan yang beragama Hindu di Malaysia, dan seluruh dunia akan meraikan Hari Deepavali, atau Pesta Cahaya.
Sebagai rakyat Malaysia, kita bertuah kerana dapat meraikan pelbagai sambutan perayaan dengan meriah tanpa mengira bangsa dan agama.
Kita berharap agar sambutan Deepavali anda kali ini dapat mengeratkan ikatan kekeluargaan dan persahabatan yang terjalin.
Semoga sambutan Pesta Cahaya tahun ini akan terus membawa sinar kebahagiaan buat anda, khususnya yang menganut agama Hindu.
Deepavali Vaalthukal!
Happy Deepavali! Festival Of Lights!
Closing Announcement - Deepavali & Awal Muharam Celebration
Assalamualaikum and Greeting,
ATTENTION TO ALL STAFF AND STUDENTS
CLOSING ANNOUNCEMENT - DEEPAVALI & AWAL MUHARAM CELEBRATION
Please be informed that the library will be closed on 2nd November 2013 (Saturday) & 5th November 2013 (Tuesday) for Deepavali & Awal Muharam celebration.
However, stay connected with our electronic books and journals via the library webpage at http://mylibrary.unimap.edu.my
We value your support.
Thank you.
Subscribe to:
Posts (Atom)









