KANGAR 29 Sept. - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mahu universiti di negara ini berupaya melahirkan graduan berkaliber dan mampu mengubah senario dunia.
Titah baginda, peranan unversiti kini tidak lagi sekadar menghasilkan graduan dan penyelidikan untuk memenuhi keperluan pasaran tempatan, malah dapat bersaing di peringkat global.
Bertitah pada istiadat konvokesyen ke-7 Universiti Malaysia Perlis (Unimap) di Dewan 2020 di sini hari ini, baginda berharap semua universiti sentiasa responsif dan bersiap siaga menghadapi segala tekanan dan cabaran untuk mencapai hasrat itu.
Justeru beliau berharap pihak universiti khususnya Unimap, berusaha melahirkan graduan dan reka cipta yang lebih berimpak sekali gus mampu mengubah kebiasaan.
"Ini adalah kerana untuk kita terus kekal berada di depan, kita mesti berjiwa besar menjadi masyarakat yang berkemampuan dan mahu melakar dan mengubah sejarah," titah baginda yang juga Canselor UniMAP.
Sumber: Utusan Malaysia
Royifazulmaldy Bin Zakaria
(Roy) Jawatankuasa Promosi, Sumber Dan Perkhidmatan Perpustakaan Tuanku Syed
Faizuddin Putra, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
No comments:
Post a Comment