Friday, October 19, 2012

Keunikan Dan Keajaiban Machu Picchu Di Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra





Keunikan dan keajaiban Machu Picchu mula dipamerkan di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) hari ini, di Pauh Putra.
Pameran fotografi 'Odyssey: Perlis to Machu Picchu' itu mempamerkan 73 jenis foto yang menggambarkan kehebatan dan kepakaran para jurutera zaman lampau itu berlangsung di Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Pauh, 16 Okt -- Keunikan dan keajaiban Machu Picchu mula dipamerkan di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) hari ini, di Pauh Putra.
Pameran fotografi 'Odyssey: Perlis to Machu Picchu' itu mempamerkan 73 jenis foto yang menggambarkan kehebatan dan kepakaran para jurutera zaman lampau itu berlangsung di Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP).
Naib Canselor UniMAP, Brig Jen Dato Prof Dr Kamarudin Hussin berkata pameran tersebut dilihat mampu menjadi jambatan kerjasama UniMAP, dan institusi pengajian tinggi di Peru.
“Foto yang mendedahkan kehebatan kejuruteraan para jurutera berbangsa Inca yang membina kota Machu Picchu itu terbiar selama 400 tahun itu memikat UniMAP untuk melebarkan jaringan kerjasamanya dengan institusi pengajian tinggi di Peru yang mempunyai 33 universiti awam dan 46 universiti swasta,”katanya.
Ketika berucap sempena pelancaran pameran itu, Prof Dr Kamarudin berkata pameran tersebut akan berlangsung selama dua minggu di PTSFP dan akan diteruskan di Perpustakaan Negara, Perlis sehingga penghujung Disember ini.
“Orang awam adalah dijemput untuk sama-sama melihat dengan lebih dekat mengenai kesan tamadun Machu Picchu yang masih kukuh di banjaran Andez itu menjadikan kota lama berkenaan bahan penyelidikan berterusan oleh para penyelidik seluruh dunia.
Dengan keunikan yang dimiliki ini Machu Picchu juga diiktiraf dunia sebagai salah satu keajaiban dunia yang baru,”katanya.
Turut hadir pada majlis itu ialah Duta Peru ke Malaysia, Marco Balarezo.
Terdahulu, pelancaran pameran itu dilakukan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Canselor UniMAP Isnin lalu, di Dewan 2020, Kangar.
Baginda bertitah hubungan dua hala antara Malaysia dan Peru wajar dipertingkat terutama menerusi kerjasama dalam sektor pelancongan.
“Kedua-dua negara memiliki keunikan tersendiri yang boleh dipromosi bersama. Pada masa sama, pertukaran maklumat dan amalan terbaik dalam pelbagai bidang juga harus dipertingkat," titah baginda.
Turut berangkat Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah.
Royifazulmaldy Bin Zakaria (Roy) Jawatankuasa Promosi, Sumber Dan Perkhidmatan Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...