
Sehingga September 2008, Perpustakaan menawarkan 56,534 judul e-buku dan 8,642 judul e-jurnal yang boleh diakses secara atas talian. Pengguna yang tidak berkesempatan untuk datang ke perpustakaan masih boleh mendapatkan maklumat untuk tujuan penyelidikan mereka dengan hanya mengakses kepada sumber elektronik perpustakaan dari mana-mana sahaja dengan menggunakan internet. Inilah yang dikatakan maklumat dihujung jari.
Untuk mengakses kepada pangkalan data yang dilanggan oleh Perpustakaan sama ada dari dalam atau luar UniMAP Perpustakaan menyediakan perkhidmatan Ezproxy. Ezproxy boleh diakses melalui pautan e-Resources yang terdapat di laman web perpustakaan dengan memasukkan kata nama dan kata laluan terlebih dahulu. Panduan tentang kata nama dan kata laluan ada diberikan pada laman tersebut.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Unit Runding Maklumat di talian 04-9798601 atau email kepada rujukan@unimap.edu.my
Maziah binti Md Isa
Unit Runding Maklumat,
Perpustakaan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)