Showing posts with label Seminar. Show all posts
Showing posts with label Seminar. Show all posts

Wednesday, February 15, 2012

Jemputan Ke Seminar Sehari WorldCat Local Untuk Pustakawan





Sukacita dimaklumkan bahawa Perpustakaan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) akan menganjurkan Seminar Sehari Worldcat Local untuk Pustakawan pada 21 Februari 2012 (Selasa) bertempat di Auditorium, Perpustakaan Utama, Universiti Malaysia Perlis, Kampus Pauh Putra.


Sesi seminar akan dikendalikan oleh Mr. Andrew H. Wang, Vice President OCLC Asia Pasific dan Miss Tsai Shu-En, Executive Director OCLC Asia Pasific


Bersama-sama ini disertakan borang penyertaan dan tentatif program untuk makluman dan rujukan tuan/puan.


Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai program bolehlah dimajukan kepada :


Puan Suhana Md Taha di talian 04-988 5414 / suhana@unimap.edu.my


Puan Nazirah Zainul Abidin di talian 04-988 5428 / nazirah@unimap.edu.my


Sekian, terima kasih.

Monday, November 29, 2010

Laman Web Seminar Kebangsaan


Kunjungi laman web Seminar Kebangsaan Sumber Elektronik di Malaysia di sini. Dapatkan maklumat penuh mengenai seminar seperti tentatif program, senarai pembentang, tajuk pembentangan dan lain lain.

Thursday, June 17, 2010

Sponsorship Opportunities : Seminar Kebangsaan Sumber Elektronik di Malaysia 2010, 20-21 Disember 2010, Bayview Resort, Pulau Pinang.




SPONSORSHIP OPPURTUNITIES
We are pleased to offer sponsorship opportunities for the National Seminar on
Electronic Resources in Malaysia to be held on
December 20 - 21, 2010 at Bayview Beach Resort, Penang.
Royifazulmaldy Bin Zakaria (Roy)
Unit Perkhidmatan Akses (UPA)

Preview: Seminar Kebangsaan SUMBER ELEKTRONIK Di Malaysia, 20-21 Disember 2010, Penang Bayview Beach Resort.







Seminar Kebangsaan SUMBER ELEKTRONIK Di Malaysia
20 - 21 Disember 2010
Penang Bayview Beach Resort
Anjuran:
Perpustakaan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
dengan kerjasama
Malaysian Online E-Resource (MOLEC)
dan sokongan padu
Persatuan Pustakawan Malaysia Kumpulan Utara
Royifazulmaldy Bin Zakaria (Roy)
Unit Perkhidmatan Akses (UPA)

Tuesday, December 8, 2009

Seminar Perkhidmatan Maklumat 2009






08 Disember 2009, Seminar Perkhidmatan Maklumat 2009 diadakan khusus untuk semua staf Perpustakaan Universiti Malaysia Perlis. Penganjuran seminar ini berkait rapat dengan matlamat utnuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran staf Perpustakaan dalam aspek perkhidmatan maklumat yang merupakan proses utama (core business process) Jabatan Perpustakaan.

Objektif Seminar Perkhidmatan Maklumat 2009 dilaksanakan berdasarkan kepada perkara berikut:
  • Meningkatkan pengetahuan staf Perpustakaan dalam pelbagai perkhidmatan terkini yang ditawarkan.
  • Mewujudkan kesedaran tentang teknologi terkini yang dimanfaatkan di Perpustakaan.
  • Meningkatkan kualiti perkhidmatan Perpustakaan melalui staf berilmu dan komited.

Seminar Perkhidmatan Maklumat 2009 meliputi bidang yang menfokuskan kepada perkhidmatan dan kemudahan di semua Unit meliputi Perkhidmatan Akses, Runding Maklumat, Sistem, Repositori Digital dan Media, Penerbitan, Perolehan, Katalog dan Metadata, Bersiri dan Dokumen serta Pentadbiran.

Tentatif Program Seminar Perkhidmatan Maklumat 2009 yang diadakan di Bilik Seminar 1, Taman Kechor bermula seawal jam 8.30 pagi menfokuskan mengenai Pemasaran Perkhidmatan Perpustakaan yang disampaikan oleh Puan Mazmin Mat Akhir dan Scopus oleh Encik Md Nizam Azid. Program diteruskan dengan pembentangan berkaitan Buku Elektronik dan Katalog Atas Talian oleh Puan Suhana Md Taha. Manakala pembentangan berkaitan Sistem Repositori Digital disampaikan oleh Encik Mohd Shahrul Annuar Alawi dan Buku Elektronik oleh Cik Hasdarinar Abdul Jalal. Sehubungan itu, sesi perkongsian sumber dan penghargaan telah diteruskan sehingga semua peserta yang terlibat berehat untuk menikmati jamuan tengahari yang disediakan. Tepat jam 2.00 petang, pembentangan mengenai cara dan langkah Pembaharuan Pinjaman Melalui Sistem telah di sampaikan oleh Puan Nazirah Zainul Abidin. Pengkalan data Online Britannica telah di bentangkan oleh Puan Norakmal Abdul Karim. Cik Azni Yantee Abd Raoh telah menerangkan berkaitan EzProxy serta mengakhiri seminar tersebut Modul Makmal disampaikan oleh Encik Zulhilizan Othman dan Sesi Perkongsian Sumber telah dibincangkan. Justeru, Seminar Perkhidmatan Maklumat 2009 yang diadakan ini dapat membuka minda, meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan memberi input yang positif kepada semua staf Perpustakaan dalam aspek perkhidmatan maklumat kepada pelanggan dan Perpustakaan.

Royifazulmaldy Bin Zakaria (Roy)

Unit Perkhidmatan Akses (UPA)

Tiga Orang Staf Perpustakaan UniMAP Ke Kursus Pemantapan Pengurusan Perpustakaan, UiTM Merbok, Kedah Darul Aman

07 - 09 Disember 2009, Tiga orang staf Perpustakaan UniMAP telah dipilih untuk mengikuti Kursus Asas Pemantapan Pengurusan Perpustakaan yang telah diadakan selama tiga hari bertempat di UiTM Merbok, Kedah Darul Aman. Pengisian beberapa tajuk yang telah dibincangkan didalam program tersebut seperti Pembangunan Kerjaya Di Perpustakaan : Terokai Kejayaan Anda Sendiri telah di hoskan oleh Puan Haziah Sa'Ari. Manakala Pengurusan Rekod Dan Fail telah disampaikan oleh Encik Mohd Abdul Hafiz Bin Md Radzi. Etika Dan Profesional telah disampaikan oleh Encik Mahadi Mahmood. Kualiti Dalam Perkhidmatan Pelanggan adalah tema yang paling utama dalam kursus tersebut dan juga Pengkatalogan Bahan Perpustakaan. Justeru, dengan adanya kursus sedemikian akan meningkatkan lagi pengetahuan dan kemahiran staf dalam mempraktikkan kelebihan yang ada supaya perkhidmatan yang diberikan kepada pengguna akan lebih baik dan dinamik.

Royifazulmaldy Bin Zakaria (Roy)
Unit Perkhidmatan Akses (UPA)

Friday, June 19, 2009

International Conference On Libraries (iCOL) 2009, Peneng Island.




15-16 Jun 2009, Sempena menyambut hari ulang tahun yang ke 40 Universiti Sains Malaysia (USM), Perpustakaan Universiti Sains Malaysia telah menganjurkan 'International Conference on Libraries 2009' (ICOL 2009) dengan bertemakan "Transforming Towards a Sustainable Tomorrow". Sehubungan itu, dua orang staf dari Perpustakaan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) iaitu Pustakawan Kanan, Puan Mazmin Mat Akhir dan Pustakawan Unit Perkhidmatan Akses (UPA), Puan Nazirah Zainul Abidin telah menghadiri persidangan tersebut yang berlangsung selama dua hari di Hotel Bayview Beach Resort, Batu Ferringhi, Pulau Pinang.

Royifazulmaldy Bin Zakaria (Roy)

Unit Perkhidmatan Akses (UPA)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...