Wednesday, November 11, 2015

Pendaftaran Kursus Secara Atas Talian Pelajar Diploma UniMAP Semester Kedua Sidang Akademik 2015/2016

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,
 
Y.Bhg Datuk/Dato'/Prof./Tuan/Puan,

PERHATIAN : KEPADA SEMUA PELAJAR DIPLOMA DAN STAF UniMAP

PENDAFTARAN KURSUS SECARA ATAS TALIAN PELAJAR DIPLOMA UniMAP SEMESTER KEDUA SIDANG AKADEMIK 2015/2016

Sukacita merujuk kepada perkara di atas, dimaklumkan jadual tarikh-tarikh pendaftaran kursus pelajar Diploma Kejuruteraan  bagi Semester Kedua Sidang Akademik 2015/2016 adalah seperti di dalam lampiran.Pendaftaran secara atas talian ini akan mula dibuka kepada semua pelajar bermula 9 November 2015. Pendaftaran kursus atas talian boleh dilaksanakan dengan melayari laman web berikut http://courseregdeg.unimap.edu.my/ . Sebelum melaksanakan pendaftaran kursus atas talian, para pelajar diwajibkan mendaftar semester terlebih dahulu iaitu dengan melayari laman web http://osi.unimap.edu.my/

2. Sekiranya pelajar menghadapi sebarang masalah sewaktu pendaftaran kursus secara atas talian, sila hubungi talian yang disertakan seperti di dalam lampiran. Jadual hebahan tarikh pendaftaran kursus ini juga telah di muat naik ke dalam portal pelajar/staf. Di pohon kerjasama pelajar dan staf untuk mematuhi tarikh-tarikh pendaftaran kursus yang telah ditetapkan ini.

Segala kerjasama dan perhatian semua, didahulukan dengan ucapan terima kasih.

Terima Kasih.

Unit Kemasukan dan Rekod Pelajar,
Bahagian Pengurusan Akademik,
Jabatan Pendaftar
Universiti Malaysia Perlis
Tel: 04-979 7940/7941/8701/8706
Fax: 04-979 8703

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...