Friday, March 22, 2013

Berdisiplin Untuk Jadi Antara Universiti Terbaik Di Dunia

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail (tengah) dan Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil bersama penerima anugerah sempena Majlis Anugerah Seri Gemilang UniMAP 2012 di Kampus Pauh Putra, Arau, malam kelmarin. 
 
ARAU 21 Mac - Disiplin dan penguatkuasaan peraturan merupakan antara aspek penting sesebuah institusi pengajian tinggi (IPT) untuk memenuhi hasrat berada dalam kelompok 500 universiti terbaik dunia menjelang 2020.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, bagi mencapai matlamat tersebut, sesebuah universiti memerlukan budaya kerja yang baik, bernilai murni, berintegriti serta amalan profesionalisme di kalangan kakitangan universiti.

"Keikhlasan bekerja juga perlulah diutamakan manakala amanah yang diberikan pula harus dimanfaatkan dengan bekerja untuk mencari keredaan Allah," 

titah baginda selaku Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) pada Majlis Anugerah Seri Gemilang UniMAP 2012 di Kampus Pauh Putra di sini, malam tadi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...