Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,
PERHATIAN : KEPADA SEMUA PELAJAR DIPLOMA DAN STAF UniMAP
PENGUMUMAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER PERTAMA SIDANG AKADEMIK 2012/2013 PELAJAR PROGRAM DIPLOMA KEJURUTERAAN
Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara yang tersebut di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa keputusan peperiksaan Semester Pertama Sidang Akademik 2012/2013 pelajar program Diploma Kejuruteraan akan dikeluarkan secara 'online' pada 12 November 2012 jam 9 pagi. Para pelajar boleh mendapatkan keputusan peperiksaan masing-masing melalui link Online Student Information yang terdapat pada Single Sign-On di dalam Portal Pelajar atau terus ke alamat laman sesawang Online Student Information iaitu http://osi.unimap.edu.my .
3. Adalah dimaklumkan juga bahawa keputusan peperiksaan boleh diperolehi melalui perkhidmatan SMS. Sila rujuk panduan yang dilampirkan di atas.
4. Sekiranya pelajar ingin membuat rayuan semakan semula keputusan peperiksaan, pelajar perlu mengisi borang HEA-15m (sila rujuk lampiran) dan menghantar borang tersebut kepada Unit Peperiksaan, Bahagian Pengurusan Akademik, Jabatan Pendaftar, Tingkat 3, Bangunan KWSP, Jalan Bukit Lagi, 01000 Kangar, Perlis. Para pelajar perlu membuat bayaran terlebih dahulu iaitu sebanyak RM50.00 bagi setiap kursus. Tarikh tutup rayuan adalah pada 27 November 2012.
5. Sebarang masalah berkaitan pengaktifan aplikasi ke Portal Pelajar, bolehlah berhubung terus dengan ICT Helpdesk di talian 04-979 8494/8109 atau e-mel kepada helpdesk@unimap.edu.my .
Sekian, terima kasih.
Royifazulmaldy Bin Zakaria (Roy) Jawatankuasa Promosi, Sumber Dan Perkhidmatan Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
No comments:
Post a Comment