Thursday, September 25, 2014

Sesi Lawatan Terpandu Di Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP) Sempena Festival Konvokesyen Ke-9 UniMAP

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Y. Bhg. Datuk/Dato'/Prof./Prof. Madya/Dr./Ir./Tuan/Puan/En./Cik,

SESI LAWATAN TERPANDU DI PERPUSTAKAAN TUANKU SYED FAIZUDDIN PUTRA (PTSFP) SEMPENA FESTIVAL KONVOKESYEN KE -9 UNIMAP

Bersempena dengan Festival Konvokesyen Ke-9 UniMAP, Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP) menawarkan sesi lawatan terpandu kepada semua pengunjung seperti butiran berikut;

Tarikh : 23 - 28 September 2014
Masa   : 3.00 petang hingga 5.00 petang
Tempat : Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra, Pauh Putra

Melalui sesi lawatan terpandu ini pengunjung akan dibawa secara berkumpulan untuk menerokai koleksi, kemudahan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh PTSFP disamping boleh memahami tentang fungsi sebenar sesebuah perpustakaan akademik.

Sehubungan itu, semua pengunjung adalah dijemput untuk bersama-sama menyertai sesi lawatan terpandu ini pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan.

Sekian, terima kasih.

Monday, September 8, 2014

Slip Peperiksaan Semester Pertama Sidang Akademik 2014/2015 Pelajar Program Diploma Kejuruteraan

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Y. Bhg. Datuk/Dato'/Prof./Prof. Madya/Dr./Ir./Tuan/Puan/En./Cik,

Kepada : Semua Pelajar Diploma Universiti Malaysia Perlis

SLIP PEPERIKSAAN SEMESTER PERTAMA SIDANG AKADEMIK 2014/2015 PELAJAR PROGRAM DIPLOMA KEJURUTERAAN

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara yang tersebut di atas.

2. Adalah dimaklumkan bahawa slip peperiksaan boleh dicetak terus di dalam Portal masing-masing melalui link Online Student Information yang terdapat pada Single Sign-On di dalam Portal Pelajar atau terus ke alamat laman sesawang Online Student Information iaitu http://osi.unimap.edu.my/ bermula pada 8 September 2014 (Isnin) sehingga 1 Oktober 2014 (Rabu). Sekiranya terdapat kesilapan pada slip peperiksaan tersebut, sila bawa bersama slip peperiksaan dan slip pendaftaran kursus (sebagai bukti) ke pejabat Unit Peperiksaan & Pengijazahan, Bahagian Pengurusan Akademik, Jabatan Pendaftar, Tingkat 3, Bangunan KWSP, Jalan Bukit Lagi, Kangar, Perlis, untuk tindakan pembetulan. Sebarang pembetulan pendaftaran kursus perlu dilakukan selewat-lewatnya pada 1 Oktober 2014 (Rabu) jam 5.10 petang.

3. Pihak kami ingin mengingatkan kepada semua pelajar sekiranya gagal membawa bersama slip peperiksaan semasa hari peperiksaan, pelajar-pelajar tidak dibenarkan memasuki dewan peperiksaan. Selain dari itu, pelajar-pelajar yang masih gagal menjelaskan yuran pengajian akan dihalang daripada mengakses menu Slip Peperiksaan Semasa/SEO sehingga pelajar-pelajar menyelesaikan yuran pengajian masing-masing.

4. Sebarang masalah berkaitan pengaktifan aplikasi oleh pelajar, bolehlah berhubung terus dengan ICT Helpdesk di talian 04-979 8494/8109 atau emel kepada helpdesk@unimap.edu.my

Sekian, terima kasih.

Thursday, August 28, 2014

New Arrivals - Ogos 2014


  • Heritage trees of Penang  Simon Gardner, Pindar Sidisunthorn, Lai Ee May
  • Lower Kinabatangan-Segama Wetlands Ramsar Site management plan 
  • Kelestarian warisan negara  editor : Saidatulakmal Mohd, Azlinda Azman, Jamalludin Sulaiman.
  • Excel 2010 made simple Abbott Katz.
  • Taking your iPad to the max, iOS 5 edition maximize iCloud, Newsstand, Reminders, FaceTime, and iMessage  Michael Grothaus, Erica Sadun
  • Handbook of ethnic conflict  international perspectives  Dan Landis, Rosita D. Albert, editors. 
  • Organizational epistemology : understanding knowledge in organizations  Kasra Seirafi.
  • Facets of sustainability  edited by Abdul Samad Hadi, Adnan Hezri, A. Aldrie Amir, Sarah Aziz.
  • Biodiversity in agriculture :  domestication, evolution, and sustainability  edited by Paul Gepts [and six others].
  • Principles of supply chain management :  a balanced approach  Joel D. Wisner, Keah-Choon Tan, G. Keong Leong.
  • Membudayakan pengguna lestari  Laily Paim [and five others].
  • Kerumitan perjanjian perdagangan antarabangsa :  isu utama dalam dasar perdagangan Malaysia  Wan Khatina Nawawi  [and six others] dengan prakata oleh Professor Emeritus Datuk Dr. 
  • Progress in financial markets research Catherine Kyrtsou and Costas Vorlow, editors.
  • Environmental data analysis with MatLab  William Menke, Joshua Menke.
  • Ciri-ciri pendidikan dan sosial penduduk 2010 =  Education and social characteristics of the population 2010  Jabatan             Perangkaan Malaysia.
  • Organic chemistry  Francis A. Carey, Robert M. Giuliano. 
  • Jengka 1966  Nordin Hussin
  • Majlis Profesor Negara :  Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (Senarai professor IPTA mengikut bidang kepakaran sehingga 31 Julai 2011)
  • Communication power / Manuel Castells.
  • Basic electrical engineering / T. K. Nagsarkar, M.S. Sukhija.
  • e-Learning in Malaysian higher education institutions : status, trends, & challenges / editor : Mohamed Amin Embi
  • Amalan, keberkesanan & cabaran pelaksanaan e-Pembelajaran di IPT Malaysia / editor : Mohamed Amin Embi
  • Proceedings 4th international conference on animal nutrition (ICAN) 2010 : sustainable feeds - maximizing productivity and profitability 21-23 September 2010: Persada Johor International Convention Centre Johor 
  • Introductory statistics : exploring the world through data / Robert Gould, Colleen Ryan.
  • Buku prosiding : Seminar pertemuan profesor-profesor mengenai isu-isu menjelang 2020 [held on] 19-20 April 2013 [at] Hotel Marriott, Putrajaya \c anjuran Majlis Universiti Islam Malaysia (MUIM) dengan kerjasama Majlis Profesor Negara.
  • Kepimpinan pendidikan \c Mohammed Sani Ibrahim [dan] Jamalul Lail Abdul Wahab..
  • SOCSO return-to-work programme in Malaysia : a handbook 2012. \c Professor Marius Oliver [and four others]
  • Proceedings of the 2nd Temengor Scientific Expedition 2012, 22-25 August 2013, Pulau Banding Foundation \c Organised by Pulau Banding Foundation.
  • Trees of the world : an illustrated identifier and encyclopedia \c Tony Russell & Catherine Cutler.
  • Humanising linguistics : from language as a phenomenon to real world applications \c Professor Dr. Zuraidah Mohd Don.
  • Credit rating agencies : regulation and reform act review \c Ryan G. Bilson and Anne M. Delacour, editors.
  • Manual penanaman, pemprosesan dan pengendalian hasil Kenaf
  • 1Malaysia contemporary art tourism festival: art boot camp – Perlis
  • Pelan strategik Pengajian Tinggi Negara : himpunan abstrak Persidangan Kebangsaan Pertama Program Pemindahan Ilmu (KTP01)
  • Anaerobic wastewater treatment of high salinity wastewaters : impact on bioactivity and biomass retention \c Shahrul B. Ismail.
  • Engineering @ USM: celebrating 25 years of excellence towards transforming higher education foa a sustainable tomorrow = kejuruteraan @ USM: meraikan kecemerlangan 25 tahun ke arah mentransformasikan pengajian tinggi untuk kelestarian hari esok \c editors, Abd. Aziz Tajuddin, Eric Goh, Mokhtar Alfakari Anurbek.
  • Pengurusan, etika kerja dan personaliti : perspektif Islam \c Syed Omar Mohammad Al-Saggaf, Mohd MIzan Mohammad Aslam, Mat Jahya Hj. Hussin.
  • Falsafah, ekonomi, pembangunan nasional \c Abdul Razak Chik.
  • Laporan Pelaksanaan Kajian Sempena 100 Hari Pentadbiran YAB Menteri Besar Johor
  • Made in Malaysia : the promising developments of precision and specialized machines / Professor Dr. Mohd Hamdi Abd Shukor.
  • Yangban : golongan pemerintah tradisional Korea \c Kim Keum Hyun [and five others].
  • Majlis konvokesyen ke 26 = 26th convocation ceremony Universiti Utara Malaysia
  • Beginning AutoCAD 2013 : exercise workbook \c by Cheryl R. Shrock.
  • Proceedings of the PIO Conference \c editors, Loh Wei Leng, T. N. Harper and Sunil S Amrith.
  • A special calling : a history of the oral and maxillofacial surgery, Hospital Kuala Lumpur /
  • Najib : nation on his mind people in his heart \c Lim Kok Wing.
  • Geologi dan sumber mineral kawasan Kuala Nerang Kedah Darul Aman \c oleh Zainol bin Husin dan Mohammed Hatta bin Abd. Karim
  • Telecommunication networks/ by Eugenio Iannone

Tuesday, August 26, 2014

PENDAFTARAN KURSUS SECARA 'ONLINE' PELAJAR IJAZAH UniMAP SEMESTER PERTAMA SIDANG AKADEMIK 2014/2015

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,
 
Y. Bhg. Datuk/Dato'/Prof./Prof. Madya/Dr./Ir./Tuan/Puan/En./Cik,

Makluman kepada semua Pelajar dan Staf UniMAP
To All UniMAP Students and Staff
PENDAFTARAN KURSUS SECARA 'ONLINE' PELAJAR IJAZAH UniMAP SEMESTER PERTAMA SIDANG AKADEMIK 2014/2015 

ONLINE COURSE REGISTRATION FOR UNIMAP DEGREE UNDERGRADUATE STUDENTS OF SEMESTER 1 ACADEMIC SESSION 2014/ 2015 


Sukacita merujuk kepada perkara di atas, dimaklumkan jadual tarikh-tarikh pendaftaran kursus pelajar Ijazah  bagi Semester Pertama Sidang Akademik 2014/2015 adalah seperti di dalam lampiran. Pendaftaran secara 'online' ini akan dibuka kepada semua pelajar bermula 29 Ogos 2014. Sila ambil maklum, pelajar yang telah mendaftar pada pra-pendaftaran adalah WAJIB mendaftar kursus secara 'online' mengikut tarikh dan arahan yang ditetapkan di dalam lampiran.

Attached is the schedule on the important dates for the course registration of UniMAP degree undergraduate students of Semester 1, Academic Session2014/ 2015.The online registration will begin from 29th of August, 2014.Please note that students, who have pre registered their courses earlier, MUST re-register their courses online according to the dates and instructions set (Please refer attachment).

2. Sekiranya pelajar menghadapi sebarang masalah sewaktu pendaftaran kursus secara online, sila hubungi talian yang disertakan seperti di dalam lampiran. Jadual hebahan tarikh pendaftaran kursus ini juga telah di muat naik ke dalam portal pelajar/staf.Di pohon kerjasama pelajar dan staf untuk mematuhi tarikh-tarikh pendaftaran kursus yang telah ditetapkan ini.

If students were to encounter any issues registering online, please contact the numbers included in the attachment. The schedule on the important dates for the online course registration has also been uploaded into the student/ staff portal. We seek the cooperation from both students and staff to follow closely the registration dates set.3. Pelajar yang terlibat dengan Latihan Industri (LI) dan Projek Tahun Akhir (FYP) adalah dibenarkan untuk mendaftar sendiri secara 'online'.

Students who are involved with their Industrial Training (LI) and Final Year Project (FYP) are permitted to register online on their own.

Segala kerjasama dan perhatian semua, didahulukan dengan ucapan terima kasih.

Lastly, your cooperation and attention to this matter is very much appreciated.
Thank You.

Monday, July 21, 2014

TAWARAN MENYAMBUNG PENGAJIAN DI PERINGKAT SARJANA : MBA 4+1 BAGI KEMASUKAN OKTOBER SESI AKADEMIK 2014/2015 [TERBUKA KEPADA PELAJAR UniMAP TAHUN AKHIR SAHAJA]


Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia dan Salam UniMAP Dekat Di Hati, 


KEPADA SEMUA PELAJAR DAN STAF UniMAP 

TAWARAN MENYAMBUNG PENGAJIAN DI PERINGKAT SARJANA : MBA 4+1 BAGI KEMASUKAN OKTOBER SESI AKADEMIK 2014/2015 [TERBUKA KEPADA PELAJAR UniMAP TAHUN AKHIR SAHAJA]

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.

2. Adalah dimaklumkan bahawa permohonan adalah terbuka kepada pelajar-pelajar tahun akhir bagi pelajar Kejuruteraan dan Perniagaan (Keusahawanan Kejuruteraan) UniMAP (tahun akhir sahaja) untuk menyambung pengajian ke Program Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Kejuruteraan) bagi Kemasukan Oktober Sesi Akademik 2014/2015.

3. Calon-calon boleh mula memohon sekarang dan tarikh akhir permohonan adalah 2hb September 2014. Syarat kemasukan adalah memperolehi CGPA 2.5 ke atas, bagi keputusan terkini Julai 2014.

4. Sumber kewangan yang mudah diperolehi iaitu tajaan KPT Mybrain15 – Mymaster dan PTPTN ditawarkan kepada calon pelajar yang mengikuti program ini.

5. Permohonan yang lengkap boleh diserahkan terus ke Pusat Pengajian Inovasi Perniagaan dan Teknousahawan (PPIPT). Sebarang pertanyaan, sila hubungi, Cik Hafizah binti Abdul Rahim 049797715 / 019-2882418/(hafizahrahim@unimap.edu.my) atau Dr. Abdullah Osman 04-9797719 / 019-5128987/(abdullahosman@unimap.edu.my).

Sekian, harap maklum.

PENGUMUMAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER KEDUA SIDANG AKADEMIK 2013/2014 PELAJAR PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Y. Bhg. Datuk/Dato'/Prof./Prof. Madya/Dr./Ir./Tuan/Puan/En./Cik,

PERHATIAN : KEPADA SEMUA PELAJAR DAN STAF UniMAP

PENGUMUMAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER KEDUA SIDANG AKADEMIK 2013/2014 PELAJAR PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara yang tersebut di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa keputusan peperiksaan Semester Kedua Sidang Akademik 2013/2014 pelajar program Ijazah Sarjana Muda akan dikeluarkan secara 'online' pada 21 Julai 2014 jam 9 pagi. Para pelajar boleh mendapatkan keputusan peperiksaan masing-masing melalui link Online Student Information yang terdapat pada Single Sign-On di dalam Portal Pelajar atau terus ke alamat laman sesawang Online Student Information iaitu http://osi.unimap.edu.my/ .

3. Adalah dimaklumkan juga bahawa keputusan peperiksaan boleh diperolehi melalui perkhidmatan SMS. Sila rujuk panduan yang dilampirkan di atas.

4. Sebarang aduan atau rayuan semakan semula keputusan peperiksaan perlu dihantar secara rasmi (melalui surat) kepada Unit Peperiksaan dan Pengijazahan, Bahagian Pengurusan Akademik, Jabatan Pendaftar, Tingkat 3, Bangunan KWSP, Jalan Bukit Lagi, 01000 Kangar, Perlis atau e-mel kepada unitexam@unimap.edu.my . Tarikh tutup rayuan adalah pada 5 Ogos 2014. Sila rujuk borang permohonan rayuan HEA-15m_BM seperti yang dilampirkan di atas.

5. Sebarang masalah berkaitan pengaktifan aplikasi ke Portal Pelajar, bolehlah berhubung terus dengan ICT Helpdesk di talian 04-979 8494/8109 atau e-mel kepada helpdesk@unimap.edu.my .

Sekian, terima kasih. 

Monday, July 14, 2014

Salam Nuzul Al-Quran 1435 H

Salam Nuzul Al-Quran 1435H

“Sesungguhnya Al-Quran Ini Memberikan Petunjuk Kepada (Jalan) Yang Lebih Lurus Dan Memberi Khabar Gembira Kepada Orang-Orang Mukmin Yang Mengerjakan Amal Soleh Bahawa Bagi Mereka Ada Pahala Yang Besar.”

Surah Al-Israa’ Ayat 9
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...