Monday, June 15, 2009

Kunjungan Hormat Dari Xinjiang Agricultural University, Negara Republik Rakyat China.





12 Jun 2009, Perpustakaan UniMAP menerima kunjungan hormat deligasi dari Xinjiang Agricultural University, Negara Republik Rakyat China. Seramai tiga delegasi dari China yang terdiri daripada Naib Presiden Xinjiang Agricultural University, China, Prof. Abdulaiti Abuduyima, Pengarah Pusat Antarabangsa Xinjiang Agricultural University, Prof Zhang Yong Ping dan Pengawai Pengantarabangsaannya, Maiwulan Amutihali mengadakan lawatan sekitar UniMAP dan Perpustakaan bagi mengetahui teknologi terkini yang digunakan oleh Universiti dan Perpustakaan UniMAP. Lawatan selama tiga hari bermula dari 11 hingga 13 Jun itu merupakan platform ke arah perkongsian kepakaran serta penghasilan produk yang boleh dikongsi bagi meningkatkan kualiti penyelidikan antara kedua-dua negara.
Royifazulmaldy Bin Zakaria (Roy)
Unit Perkhidmatan Akses (UPA)

Kunjungan Ilmiah Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Mas, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.





10 Jun 2009, Perpustakaan UniMAP menerima kunjungan deligasi dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Mas, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim. Rombongan terdiri daripada pelajar tingkatan satu, empat dan lima seramai 60 orang dan enam guru pengiring. Taklimat serta ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh Encik Azhar Ahmad, Pembantu Perpustakaan Unit Perkhidmatan Akses (UPA). Deligasi kemudianya dibawa melawat sekitar Perpustakaan UniMAP dan diiringi oleh beberapa orang pustakawan iaitu Puan Akmal Abd Karim, Cik Hasdarinar Abdul Jalal dan Cik Azni Yantee Abd Raoh. Mengakhiri lawatan tersebut sesi penyampaian cenderamata serta bergambar beramai-ramai sebagai kenang-kenangan.

Royifazulmaldy Bin Zakaria
Unit Perkhidmatan Akses (UPA)

Monday, June 1, 2009

Lawatan Sekolah Menengah King Edward VII, Taiping, Perak Darul Ridzuan.






02 Jun 2009, Perpustakaan UniMAP menerima lawatan dari Sekolah Menengah King Edward VII, Taiping, Perak Darul Ridzuan. Deligasi diketuai oleh dua orang guru pengiring iaitu En. Mohd Tamizi Mohd Amin (Guru Kaunselor) dan En. Noh Hassan Basari Mohamad Noh serta seorang Naib Presiden Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) En. Mohd Zahid yang mengetuai 30 orang pelajar yang kesemuanya daripada pihak Jawatankuasa Kelas Rancangan Khas (KRT), Pelajar Cemerlang Tingkatan Satu dan Dua. Lawatan dimulakan dengan sesi taklimat ringkas yang telah disampaikan oleh Puan Nazirah Zainul Abidin, Pustakawan Unit Perkhidmatan Akses (UPA). Seterusnya, deligasi dibawa melawat sekitar Perpustakaan oleh beberapa orang Pustakawan iaitu Puan Maziah Md Isa, Puan Norakmal Abd Karim, Cik Azni Yanti Abdul Raoh dan Puan Suhaidah Mat Rus@Darus. Pelajar-pelajar tersebut diberikan penerangan berkaitan cara pinjaman buku layan diri menggunakan 'Self Check', OPAC dan mempromosikan web serta laman blog Perpustakaan. Mengakhiri lawatan tersebut sesi penyampaian cenderamata dan bergambar beramai-ramai sebagai kenang-kenangan.
Royifazulmaldy Bin Zakaria (Roy)
Unit Perkhidmatan Akses (UPA)

Monday, May 25, 2009

Perpustakaan UniMAP Menerima Empat Pelajar Praktikal Dari UiTM.

25 May 2009, Ucapan selamat datang pembuka bicara. Itulah ungkapan pertama dari kami warga Perpustakaan UniMAP. Perpustakaan UniMAP sekali lagi menjadi pilihan empat orang pelajar dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam dan Kampus Merbok, Kedah Darul Aman untuk menjalani latihan praktikal bagi jurusan Sarjana Muda Sains Pengajian Maklumat (Kepujian). Mereka yang dimaksudkan ialah Encik Hushairi Bin Salleh, Cik Nur Izzaura Binti Maharuddin, Cik Jashira Binti Jamin dan Cik Nor Shafira Binti Yahya. Hari ini merupakan hari pertama mereka melaporkan diri di Perpustakaan. Sesi perjumpaan dan taklimat ringkas bersama Ketua Pustakawan telah dilaksanakan pagi tadi. Disamping itu, mereka telah dibawa berkenalan dengan semua staf Perpustakaan, melawat ke unit dan lokasi utama di Perpustakaan UniMAP. Taklimat mengenai penyusunan bahan dan penyelengaraan koleksi telah disampaikan oleh Puan Nazirah Zainul Abidin, Pustakawan Unit Perkhidmatan Akses (UPA). Oleh itu, Perpustakaan mengucapkan selamat menjalani latihan praktikal kepada semua pelajar tersebut.
Royifazulmaldy Bin Zakaria (Roy)
Unit Perkhidmatan Akses (UPA)

Wednesday, May 20, 2009

Kunjungan Dari National University of Singapore.





20 May 2009, Perpustakaan UniMAP menerima kunjungan hormat dari National University Of Singapore. Deligasi terdiri daripada tiga orang staf. Kunjugan mereka ke Perpustakaan UniMAP disambut oleh Ketua Pustakawan, Puan Hajjah Foyziah Ahmad Nasuruddin dan beberapa orang pustakawan. Taklimat berkaitan pembangunan dan perkhidmatan Perpustakaan telah disampaikan kepada mereka semua. Disamping itu, kedatangan mereka juga bertujuan untuk membuat rujukan dan mengkaji salasilah keturunan keluarga Diraja Perlis, khususnya berkaitan Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail sempena Hari Keputeraan Baginda baru-baru ini. Mereka juga dimaklumkan berkaitan pengkalan data yang digunakan oleh Perpustakaan UniMAP kepada semua komunitinya dan juga bahan-bahan penerbitan yang diterbitkan oleh Unit Penerbitan UniMAP. Lawatan diakhiri dengan sesi bergambar beramai-ramai sebagai kenang-kenangan.

Royifazulmaldy Bin Zakaria (Roy)
Unit Perkhidmatan Akses (UPA)

Friday, May 15, 2009

Selamat Menyambut Hari Keputeraan DYMM Tuanku Raja Perlis ke 66.




DAULAT TUANKU

Warga Perpustakaan UniMAP dengan segala hormatnya merafak sembah menjunjung kasih dan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Fauziah Binti Al-Marhum Tengku Abdul Rashid, sempena menyambut Hari Keputeraan Baginda yang ke-66 pada 17 Mei 2009. Semoga Allah melanjutkan usia dan memberkati pemerintahan DYMM Tuanku.


Sembah Takzim Dari Kami Warga Perpustakaan UniMAP

Royifazulmaldy Bin Zakaria (Roy)
Unit Perkhidmatan Akses (UPA)

Thursday, May 7, 2009

Waktu Pembukaan Dan Operasi Perpustakaan Sepanjang Cuti Semester

Makluman kepada semua staf dan pelajar UniMAP, sepanjang Cuti Semester bermula 11 Mei 2009 (Isnin) - 05 Julai 2009 (Ahad), waktu pembukaan dan operasi Perpustakaan UniMAP dan Perpustakaan Awam Cawangan Kuala Perlis adalah seperti berikut:
Perpustakaan UniMAP
Isnin - Jumaat : 8.30 pagi - 7.00 malam
Sabtu, Ahad dan Cuti Umum : TUTUP
Perpustakaan Awam Cawangan Kuala Perlis
11 Mei 2009 - 05 Julai 2009
5.00 petang - 11.00 malam : TUTUP
Pinjaman, pemulangan dan pembaharuan bahan dan urusan perkhidmatan kaunter perlu dibuat mengikut jadual yang telah ditetapkan
Sekian, terima kasih.
Royifazulmaldy Bin Zakaria (Roy)
Unit Perkhidmatan Akses (UPA)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...