Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
diberi penarafan cemerlang iaitu tier 5 melalui Sistem Penarafan
Disiplin Pengajian (D-SETARA) oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
Perkara tersebut diumumkan oleh Menteri
Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin selepas Majlis
Amanat Tahun Baharu 2013 beliau di Pusat Konvensyen Antarabangsa
Putrajaya (PICC), baru-baru ini.
Naib Canselor UniMAP, Brig. Jeneral
Dato’ Prof. Dr Kamarudin ketika dihubungi nyata gembira dengan
pencapaian universiti tersebut yang berjaya mendapat tier 5 dalam
D-SETARA.
“Saya percaya dengan perlaksanaan
D-SETARA akan memastikan peningkatan berterusan dari segi kualiti dan
daya saing sesebuah institusi pengajian tinggi,” katanya.
Prof Dr Kamarudin menambah unsur
penarafan ini juga akan membantu IPT terutamanya UniMAP sebagai penanda
aras untuk mencapai kualiti yang telah ditetapkan.
“Ini secara tidak langsung dapat
mengenalpasti institusi yang mempunyai kekuatan niche area yang
tertentu, untuk seterusnya diberi peranan yang lebih proaktif dan yang
lebih besar,” katanya.
Tambahnya lagi, kita akan meningkatkan
lagi kualiti program pengajian kita bagi meningkatkan kedudukan dari
tier 5 ke tier 6 pada penarafan D-SETARA yang akan datang.
Terdahulu UniMAP diberikan penarafan tier 5 pada SETARA’11(Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi).
Mengikut takrifan Kementerian Pengajian
Tinggi, D-SETARA dan SETARA adalah berbeza dimana penarafan bagi
D-SETARA adalah berdasarkan pengajian yang ditawarkan manakala SETARA
yang diperkenalkan pada 2011 berfokus kepada institusi secara
keseluruhan.
Mengikut sistem D-SETARA, setiap
institusi diberi penarafan berdasarkan tier 1 hingga tier 6 dimana, 1
adalah lemah, 2 (memuaskan), 3 (baik), 4 (sangat bagus), 5 (cemerlang)
dan 6 (terbilang).
Royifazulmaldy
Bin Zakaria (Roy) Jawatankuasa Promosi, Sumber Dan Perkhidmatan
Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra, Universiti Malaysia Perlis
(UniMAP)