Thursday, November 28, 2013

Take A Book, Leave A Book - Tiny Libraries Thrive In The US.


Take a book, leave a book

BY ANNE RENAUT

Tiny libraries thrive in the US.

TECHNOLOGY has given readers new ways to curl up with a good book, but the latest trend in Washington is surprisingly old-school: “little libraries”, stuffed with paperbacks, cropping up on front lawns.

There’s no card catalogue or late fees. The informal lending libraries work under a simple principle: “take a book, return a book”.

You can bring back the same book you read, or put in a new one.

“Last week, 11 new books came in,” said Kevin Sullivan, who launched his “little library” in Bethesda, a northern suburb of the US capital, in May 2011 on Mother’s Day.

“It was a present for my wife, who is a big reader,” he explained.

He started putting around 30 books a week in the little wooden house-shaped box perched on a red post at the end of his driveway.

On its roof is a quote from Oscar Wilde – a homage to Sullivan’s Irish heritage – that reads, “The suspense is terrible. I hope it will last.”

Half of the books are for children. Since Sullivan and his wife live near a school, they think it’s great that parents and students “could stop at the library and get books.”

The concept first started in a small city in the midwestern state of Wisconsin, in 2009, as Todd Bol searched for a way to honour the generosity of his mother, a teacher, who had just died.

He built a small-scale replica of a school-house, which he filled with his parents’ books and posted a sign: “free books”.

Soon his neighbours did the same thing at the end of their driveways. Now the little libraries have popped up as far as Ukraine and Pakistan.

In October, Bol sent 20 little libraries to be set up in Ghana. In India, he supports an aid group called “Going to School”, which aims to build little libraries for 3,500 schools.

His “one little library” is turning into “15,000 libraries by the beginning of 2014, in 55 countries, in 50 states, at a rate of 700 to 1,000 new libraries a month,” Bol told AFP.

Kevin Sullivan stands next to a 'Little Library' book lending kiosk in front of his home in Bethesda, Maryland. on November 5, 2013. It has a quote on the roof, and a window through which books can be seen. - Photos AFP
Kevin Sullivan stands next to a ‘Little Library’ book lending kiosk in front of his home in Bethesda, Maryland. It has a quote on the roof, and a window through which books can be seen. – AFP
A conversation for the block

Although many of the little libraries are built to look like bird houses, variety abounds. One looks like a clock, another like a robot, and another like a theatre, inspired by the imagination of their owners.

For Phillip Vahab, installing a mini-library in front of his house was less about the books – “my wife reads more than I do,” he said – and more about his desire to build relationships with his neighbours.

“The city is so anonymous. It’s like a conversation for the block,” Vahab said.

His neighbours helped him pay for and set up the library in January, one of the first in Washington proper.

Vahab built a bench just next to it, where passersby can sit to read – or chat.

Almost every day, “there is a new book in there,” the 38-year-old orthodontist said enthusiastically.

Many of the books are about politics, because in the US capital, “there are a lot of people in politics here”, he mused, though he noted one neighbour donated a treasure trove of feminist literature.

In Winslow, Arizona, John Ford hung scissors in his library so people could grab cuttings of the herbs he planted just below. Many of the books in his library are about cooking.

Back in Washington, near the National Zoo, Erin Astarr, 19, an Australian au pair, grabbed books for the children she looks after.

“It’s a good opportunity for the community to come together and share and get educated,” she said.

The chief librarian in Washington’s public library system, Ginnie Cooper, said she couldn’t be more pleased to see the book boxes pop up in her city.

“Sharing a great book from your public library or a little library is one of the ways that the District (Washington) continues to be a city of readers,” she said.

Elinor Kotchen, carrying her four-month-old baby, found a book for her older son. “Now I need to bring a book to return the favour,” she said. – AFP

Tuesday, November 26, 2013

Bengkel Literasi Maklumat (WizFolio, WorldCat, Turnitin)




Assalamualaikum And Good Morning Guys!

Sedang Berlangsung Bengkel Literasi Maklumat (WizFolio, WorldCat, Turnitin) Pada Hari Ini 26 November 2013 Di Makmal Infoakses Aras II Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra Yang Di Anjurkan Oleh Unit Runding Maklumat (URM) Dan Di Hadiri Oleh 80 Orang Pelajar Antarabangsa Dan Tempatan..

*Sesiapa Yang Berminat Untuk Menyertai Bengkel-Bengkel Yang Di Anjurkan Oleh Pihak Perpustakaan, Sila Hubungi Unit Runding Maklumat Di Talian 04-9885410, Email: rujukan@unimap.edu.my Atau Layari Laman Web Kami Di http://mylibrary.unimap.edu.my/

Sambutan Hari Antarabangsa Menangani Keganasan Terhadap Wanita Peringkat Negeri Perlis









Raja Puan Muda Perlis Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil merasmikan Sambutan Hari Antarabangsa Menangani Keganasan Terhadap Wanita peringkat Negeri Perlis di Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP) UniMAP, Pauh Putra, Arau Perlis. Turut bersama Exco Pembangunan Wanita Keluarga Masyarakat, Kebajikan dan Perpaduan Masyarakat, Hjh Rela Ahmad, Isteri Menteri Besar Perlis, Puan Nor Aswana Omar dan Naib Canselor UniMAP, Prof. Datuk Dr. Kamarudin Hussin. Tetamu kehormat turut di bawa melawat sekitar perpustakaan UniMAP oleh Datuk Naib Canselor.

Monday, November 18, 2013

UniMAP Raih Anugerah Kualiti Sirim




UniMAP Raih Anugerah Kualiti Sirim

SUBANG, 15 November – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berjaya muncul satu daripada lapan pemenang utama Anugerah Kualiti SIRIM (AKS) yang julung kali diperkenalkan tahun ini dengan meraih Anugerah Kualiti Organisasi bagi kategori Agensi Kerajaan.

Anugerah tersebut merupakan inisiatif Sirim Malaysia Berhad (SIRIM) dalam mengiktiraf organisasi yang telah mencapai tahap pengurusan kualiti dan produk yang cemerlang serta pengeluaran barangan dan perkhidmatan yang menepati tahap standard kebangsaan dan antarabangsa.

Naib Canselor UniMAP, Brig. Jen. Datuk Prof. Dr. Kamarudin Hussin berkata, kejayaan muncul lapan organisasi terbaik dalam anugerah berprestij seperti AKS ini merupakan pengiktirafan terbaik UniMAP apatah lagi pengukurannya dibuat berlandaskan kepada aspek kualiti.

Menurut beliau, lebih membanggakan apabila UniMAP berjaya menewaskan 20 calon lainnya bagi kategori Agensi Kerajaan sekaligus ia membuktikan universiti berkenaan telah mencapai tahap kualiti yang boleh dibanggakan.

“Sebenarnya pengukuran kualiti ini adalah sesuatu yang amat kompleks, namun saya percaya kejayaan UniMAP pada malam ini didasarkan kepada pelbagai pencapaian yang telah diraih UniMAP baik di peringakat tempatan mahupun antarabangsa.

“Walaupun UniMAP baru berusia 11 tahun, namun kejayaan yang diraih pada hari ini turut membuktikan usia bukanlah penghalang bagi sesebuah organisasi atau agensi untuk menawarkan perkhidmatan ataupun barangan yang berkualiti.

“UniMAP selepas ini, akan memberikan tumpuan yang lebih untuk memastikan setiap unit dan jabatan di universiti berkenaan menerima pengiktirafan kualiti dari SIRIM,” ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis SIRIM Industri 2013 yang berlangsung di Hotel Sunway Resort And Spa di sini malam ini. Majlis disempurnakan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Ewon Ebin. Turut hadir, Pengerusi SIRIM, Datuk Hajah Jamaliah Kamis dan Presiden & Ketua Eksekutif SIRIM, Dr. Zainal Abidin Mohd. Yusof.

AKS akan dibahagikan kepada beberapa kategori bagi memastikan setiap syarikat pengeluar akan menerima pengiktirafan yang sewajarnya iaitu Anugerah Kualiti Produk (AKP) dan Anugerah Kualiti bagi Organisasi (AKO).

Daripada dua kategori itu, AKP dipecahkan kepada empat bahagian iaitu pertama, syarikat tempatan dengan nilai jualan tahunan melebihi RM100 juta dan kedua, syarikat tempatan dengan nilai jualan tahunan RM25 juta sehingga RM100 juta, ketiga, syarikat tempatan dengan nilai jualan kurang daripada RM25 juta manakala keempat ialah melibatkan syarikat asing yang diperbadankan di negara ini

Kategori AKO pula dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu syarikat dengan nilai jualan tahunan melebihi RM100 juta; syarikat dengan nilai jualan tahunan antara RM25 juta sehingga RM100 juta dan syarikat dengan nilai jualan tahunan kurang daripada RM25 juta.

Menurut Dr. Kamarudin, penganjuran AKS dilihat sebagai simbol pencapaian syarikat pengeluar sama ada tempatan mahu pun multinasional dalam persaingan dalam menghasilkan produk dan pengurusan lebih berkualiti.

Katanya lagi, pengiktirafan ini juga diharap dapat mencetuskan gelombang dalam kalangan pemain industri untuk mementingkan budaya kualiti dalam kalangan organisasi dan industri bagi meningkatkan prestasi kualiti produk dan perkhidmatan secara keseluruhan


“Selain AKO, UniMAP juga turut meraih satu lagi anugerah sampingan pada malam ini menerusi Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi yang berjaya memperolehi

Friday, November 15, 2013

Lawatan Kerja Naib Pengerusi Executive of Qatar Investment Authority (QIA)







Naib Pengerusi Executive of Qatar Investment Authority (QIA), Tuan Yang Terutama Dr. Hussain Ali melakukan lawatan singkat ke Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra, UniMAP dengan diiringi oleh Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UniMAP, Prof. Dato' Dr. Zul Azhar Zahid Jamal. Turut berkenan berangkat, Canselor UniMAP, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail 

Thursday, November 7, 2013

Pameran Buku-Buku Yang Berkonsepkan Garden






Buku-Buku Yang Berkonsepkan Garden Sedang Dipamerkan Di Tunnel Gallery Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra.

Lawatan Daripada Director World University Woodball Championship






Lawatan Dari SMK King Edward VIII, Taiping, Perak






Lawatan pelajar SMK King Edward VII, Taiping, Perak ke Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra PTSFP UniMAP, Pauh Putra, Arau, Perlis. Program lawatan yang diiringi oleh Unit Komunikasi Korporat UniMAP.


Naib Canselor UniMAP Dipilih Tokoh Maal Hijrah 1435 H Peringkat Negeri Perlis








Kangar, 4 November – Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Brig. Jen Datuk Prof. Dr. Kamarudin Hussin, 58, dipilih sebagai penerima anugerah Tokoh Maal Hijrah 2013 peringkat negeri di sini.

Dr. Kamarudin, anak kelahiran Kuala Lumpur, menerima hadiah wang tunai RM10,000, sijil penghargaan, plak dan hadiah iringan.

Selain Dr. Kamarudin, bekas hakim mahkamah rayuan negeri, Datuk Ahmad Jusoh, 71 turut diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah 2013. Beliau turut membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000, sijil penghargaan, plak dan hadiah iringan.

Raja Perlis, DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis, DYMM Tuanku Fauziah Tengku Abdul Rashid berkenan hadir menyampaikan anugerah kepada kedua-dua tokoh tersebut dalam satu majlis yang berlangsung di Masjid As-Syarroni, Kampung Behor Lateh di sini.

Terdahulu, baginda berdua turut berkenan menyempurnakan perasmian masjid tersebut. Berangkat hadir bersama, Raja Muda Perlis, DYTM Tuanku Syed Faizuddin Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, DYTM Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Dr. Kamarudin ketika ditemui menzahirkan rasa bersyukur dengan pengiktirafan yang diberikan itu meskipun bukan merupakan anak kelahiran negeri Perlis.

Beliau bagaimanapun percaya, pemilihan tersebut dinilai berdasarkan “dakwah” yang dilaksanakan dalam memartabatkan UniMAP di persada pengajian tinggi negara.

“Sesungguhnya saya berterima kasih kepada panel pemilihan yang telah memilih saya sebagai penerima Tokoh Maal Hijrah tahun ini, atas sumbangan saya dalam memajukan sektor pengajian tinggi di negeri ini. Insya Allah, saya akan terus berusaha memajukan dan memakmurkan negeri ini dengan kepakaran pendidikan yang saya miliki,” ujarnya.

Sementara itu, Ahmad berkata, beliau tidak menyangka akan menerima anugerah tersebut untuk kali keduanya tahun ini selepas menerimanya 10 tahun lalu, sewaktu masih berkhidmat sebagai hakim mahkamah rayuan.

“Apapun, saya amat bersyukur dengan pengiktirafan ini dan sedikit sebanyak ia memberi semangat kepada saya untuk terus berdakwah kepada masyarakat,” ujarnya yang kini aktif menghasilkan penulisan dan buku.

Tuesday, November 5, 2013

Jadual Waktu Pengajian Diploma Semester Dua Sidang Akademik 2013/2014

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Y. Bhg. Datuk/Dato'/Prof./Prof. Madya/Dr./Ir./Tuan/Puan/Saudara/Saudari,

MAKLUMAN: JADUAL WAKTU PENGAJIAN DIPLOMA SEMESTER DUA SIDANG AKADEMIK 2013/2014

Adalah dimaklumkan bahawa Jadual Waktu Pengajian Diploma Semester Dua Sidang Akademik 2013/2014 telah dimuat naik ke dalam Portal UniMAP.

Sehubungan dengan itu, semua pelajar dan staf yang berkenaan diminta untuk mengambil perhatian dan tindakan yang sewajarnya. 

Dilampirkan juga manual untuk memaparkan jadual waktu di portal.

Sekian, terima kasih.

Selamat Menyambut Awal Muharram 1435 H


Selamat Menyambut Awal Muharram, 

1 Muharram 1435 H 

'Wasatiah Tonggak Kesatuan Ummah'

Friday, November 1, 2013

Keputusan Peperiksaan Semester Pertama Sidang Akademik 2013 - 2014 Pelajar Program Diploma Kejurteraan

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Y. Bhg. Datuk/Dato'/Prof./Prof. Madya/Dr./Ir./Tuan/Puan,

PERHATIAN : KEPADA SEMUA PELAJAR DIPLOMA DAN STAF UniMAP

PENGUMUMAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER PERTAMA SIDANG AKADEMIK 2013/2014 PELAJAR PROGRAM DIPLOMA KEJURUTERAAN

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara yang tersebut di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa keputusan peperiksaan Semester Pertama Sidang Akademik 2013/2014 pelajar program Diploma Kejuruteraan akan dikeluarkan secara 'online' pada 4 November 2013 jam 9 pagi. Para pelajar boleh mendapatkan keputusan peperiksaan masing-masing melalui link Online Student Information yang terdapat pada Single Sign-On di dalam Portal Pelajar atau terus ke alamat laman sesawang Online Student Information iaitu http://osi.unimap.edu.my/ .

3. Adalah dimaklumkan juga bahawa keputusan peperiksaan boleh diperolehi melalui perkhidmatan SMS. Sila rujuk panduan yang dilampirkan di atas.

4. Sekiranya pelajar ingin membuat rayuan semakan semula keputusan peperiksaan, pelajar perlu mengisi borang HEA-15m (sila rujuk lampiran) dan menghantar borang tersebut kepada Unit Peperiksaan dan Pengijazahan, Bahagian Pengurusan Akademik, Jabatan Pendaftar, Tingkat 3, Bangunan KWSP, Jalan Bukit Lagi, 01000 Kangar, Perlis. Para pelajar perlu membuat bayaran terlebih dahulu iaitu sebanyak RM50.00 bagi setiap kursus. Tarikh tutup rayuan adalah 19 November 2013.

5. Sebarang masalah berkaitan pengaktifan aplikasi ke Portal Pelajar, bolehlah berhubung terus dengan ICT Helpdesk di talian 04-979 8494/8109 atau e-mel kepadahelpdesk@unimap.edu.my .

Sekian, terima kasih.

Happy Deepavali 2013



Salam 1Malaysia,

Esok seluruh rakan-rakan yang beragama Hindu di Malaysia, dan seluruh dunia akan meraikan Hari Deepavali, atau Pesta Cahaya.

Sebagai rakyat Malaysia, kita bertuah kerana dapat meraikan pelbagai sambutan perayaan dengan meriah tanpa mengira bangsa dan agama.

Kita berharap agar sambutan Deepavali anda kali ini dapat mengeratkan ikatan kekeluargaan dan persahabatan yang terjalin.

Semoga sambutan Pesta Cahaya tahun ini akan terus membawa sinar kebahagiaan buat anda, khususnya yang menganut agama Hindu.

Deepavali Vaalthukal!

Happy Deepavali! Festival Of Lights! 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...