Thursday, February 18, 2010

Majlis Perpisahan Unit Penerbitan @ Perpustakaan UniMAP






12 Februari 2010, merupakan tarikh yang tidak dapat dilupakan oleh semua staf Perpustakaan terutamanya tiga orang staf dari Unit Penerbitan UniMAP yang bernaung dibawah Jabatan Perpustakaan Universiti Malaysia Perlis sejak dari awal penubuhannya. Kini semuanya akan menjadi kenangan yang terindah dan tidak dapat dilupakan oleh semua warga Perpustakaan. Unit Penerbitan Universiti Malaysia Perlis tidak lagi bernaung dibawah Jabatan Perpustakaan kerana mereka telah berpindah ke pejabat baru yang terletak di Jalan Seriab, Kangar Perlis. Sedikit majlis meraikan mereka bertiga telah diadakan dan dihoskan oleh Kelab Kakitangan Dan Kebajikan Perpustakaan UniMAP (3K) bertempat di Perpustakaan. Majlis tersebut dimulakan dengan ucapan rasmi dan ucapan penghargaan terima kasih yang telah disampaikan oleh Pustakawan Kanan, Puan Mazmin Mat Akhir kepada mereka bertiga dan diteruskan dengan ucapan balas oleh Encik Zulhillizan Osman selaku Pegawai Penerbitan bagi pihak staf Unit Penerbitan. Sehubungan itu, Perpustakaan UniMAP merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka bertiga yang telah bersama dengan begitu lama dan umpama sebuah keluarga besar di Perpustakaan. Justeru, jasa dan pengorbanan mereka bertiga kepada warga Perpustakaan tidak ternilai harganya. Semua warga Perpustakaan mendoakan kesejahtera hidup dan kemakmuran bekerja ditempat mereka yang baru. Selamat maju jaya kami ucapkan.
Royifazulmaldy Bin Zakaria (Roy)
Unit Perkhidmatan Akses (UPA)

Wednesday, February 10, 2010

Selamat Tahun Baru Cina 2010



Selamat Tahun Baru Cina 2010


Dari


Perpustakaan


Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)

Wednesday, February 3, 2010

Pusat Sumber Anjung UniMAP, Kulim, Kedah Darul Aman.





02 Februari 2010, Perpustakaan Universiti Malaysia Perlis dengan bangganya telah membangunkan sebuah lagi tempat dan kemudahan khususnya kepada komuniti UniMAP sebagai tempat rujukan ilmiah dan sumber ilmu serta lebih tepat lagi dipanggil Pusat Sumber yang terletak di Anjung Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Kulim, Negeri Kedah Darul Aman. Pembangunan Pusat Sumber ini bertepatan dengan hasrat Universiti dan Perpustakaan dalam menjadikan warga UniMAP kaya dengan ilmu pengetahuan khususnya kepada pelajar-pelajar yang menjalankan pengajian luar kampus dan menjalankan latihan amali di sekitar Taman Teknologi Tinggi Kulim. Majlis Perasmian Anjung UniMAP, Kulim telah disempurnakan oleh DYTM Tuanku Syed Faizzudin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail selaku Tuanku Canselor UniMAP pada 02 Februari 2010. Turut berangkat dalam majlis tersebut ialah DYTM Tuanku Hajjah Lailatul Shahril Akashah selaku Pro Canselor UniMAP. Kemudahan yang disediakan di Pusat Sumber ini ialah empat unit komputer, bahan-bahan rujukan pelbagai bidang dan buku-buku yang diterbitkan oleh pihak Universiti. Justeru, adanya Pusat Sumber ini akan memudahkan lagi pelajar-pelajar UniMAP menjalankan pengajian dan kajian dalam bidang yang mereka pelajari.

Royifazulmaldy Bin Zakaria (Roy)
Unit Perkhidmatan Akses (UPA)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...